translate

Sunday 15 September 2013

Roti Jala Berlauk

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit 
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung bersama inti kentang berdaging.

Inti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)

100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.


3 comments:

  1. salam KakYah...sedapnya nampak menu ini ..insyallah nanti saya boleh lah nak cuba . Saya suka yang simple dan ringkas begini.

    ReplyDelete
  2. terimakasih yer...mohon share resepi. Mohon halalkan ilmu.

    ReplyDelete