translate

Thursday, 10 April 2014

Puding Aiskrim

18gm agar-agar bertali
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah

Lapisan bawah
Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning  telur(yang telah dipukul dengan garfu), susu cair dan pewarna kuning , masak sehingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)

Lapisan atas
Apa bila lapisan atas sedikit membeku, mula memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi.
Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak  agar-agar dalam periuk yang kedua tadi.
Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan  kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi.
Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih.
Padamkan api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...

Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.

No comments:

Post a Comment