translate

Friday, 23 May 2014

Muffin Coklat


Terima kasih kepada Rozilah Abdullah atas perkongsian resepi ini..

Bahannya
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3 sudu besar serbuk koko
175gm gula kastor
150gm coklat rice
250ml susu cair
90ml minyak masak/sayur
2 biji telur(kalau saiz A sebiji aje)
1 sudu teh esen vanila

Ayak tepung bersama baking powder, soda dan serbuk koko(kakyah ayak 2 kali)
Masukkan ke dalam mangkuk.
Selepas itu masukkan gula, susu cair, coklat rice dan minyak masak.  Kacau dengan senduk.
Pecahkan telur dan pukul dengan garfu.  Masukkan ke dalam adunan.  Kacau.
Masukkan juga esen vanila.  Kacau.
susun kertas kek muffin ke dalam petitin dan masukkan adunan hampir penuh.
Bakar dalam ketuhar yang terlebih dahulu dipanaskan dengan suhu 160 - 170C selama 25 - 30 minit.(masa membakar bergantung juga pada saiz kek muffin itu.)

2 comments:

  1. Hurm..sedap..blh saya share resepinya kak

    ReplyDelete
  2. Attractive section of content. I simply stumbled upon your web site and in accession capital to assert that I get actually enjoyed account your weblog
    posts. Any way I will be subscribing to your augment and even I fulfillment you get
    admission to consistently rapidly.

    Feel free to visit my weblog: شارژ

    ReplyDelete