Bahannya
Seekor ayam kampung(potong 8 bahagian)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Seinci kunyit
1/2 sudu besar cili giling
2 helai daun limau purut
Sebatang serai(ketuk)
Sekeping asam keping
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Tumbuk/kisar bawang merah, putih , halia, kunyit dan lengkuas.
Tumis dengan sedikit minyak. Biar naik wangi, masukkan cili giling. Biarkan dan kacau seketika.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan putih.
Masukkan ayam dan air secukupnya.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan gula dan garam. Biar mendidih lama dan ayam sedikit lembut. Pastikan air tinggal sedikit.
Masukkan santan dan asam keping(gelugur)
Biarkan mendidih seketika dan boleh lah diangkat.
Dengan kuahnya yang berlinang-linang... ditambah dengan aroma daun limau purut, tentu enak sekali dijamah bersama nasi panas!
ReplyDelete