Resepi
500 gm tepung roti
400 gm tepung gandum
5 sudu besar shorterning
4 sudu besar susu pekat
2 biji kuning telur
1 peket mauripan(11 gm)
1 sudu teh vanila
3 sudu teh bread improver
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar ovellete
2 sudu teh garam
500ml air sejuk
4 ketul kiub ais
Masukkan semua bahan kecuali garam dan shorterning ke dalam Bread Maker atau pengadun kek(guna mata uli roti)
Bila bahan bahan bercampur masukkan shorterning dan garam.. Uli sehingga roti elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan perap selama 1 jam.
Tumbuk bagi mengeluarkan angin.
Bentukkan roti mengikut kesukaan.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
Sos butterscoth
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
Panaskan mentega. Biar cair.
Masukkan gula perang. Kacau biar cair dan berbuih tepinya..
Masukkan susu cair dan esen vanila serta garam.
Kacau hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Tuang sos ke atas roti.
Bagi rujukan membulatkan roti SINI
Bagi rujukan menguli dengan tangan SINI
No comments:
Post a Comment