translate

Monday, 30 May 2016

Homemade Ikan Sardin

Bahannya
Sekilo ikan sardin(dibuang perut, kepala dan ekor dan dibersihkan)
Sekeping asam jawa
Sehiris halia
Sedikit garam dan air secukupnya.

Rebus ikan dan bahan-bahan tadi di dalam periuk tekanan selama 1 jam.

Bahan kuah
10 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila pecah minyak masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos tomato,kicap cair dan kiub ayam.  Biar naik bau seketika.
Sebelum diangkat masukkan gula dan garam(jika perlu)

Tuang bahan kuah ke dalam ikan rebus(biarkan bersama air rebusannya sekali).(kakyah keluarkan dahulu asam keping tadi)
Biar mendidih sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.
p/s..tulang temulang ikan sardin sudah jadi rapuh disebabkan kita rebus dalam periuk tekanan.

6 comments:

  1. Wah kreatif betul kak yah..pandai buat ikan sardin sdiri....

    ReplyDelete
  2. Kak yah.tulang die nnti hancur x

    ReplyDelete
  3. Jd rapuh mcm yg dlm tin tu ek...

    ReplyDelete
  4. Jd rapuh mcm yg dlm tin tu ek...

    ReplyDelete
  5. Kak yah.tulang die nnti hancur x

    ReplyDelete