translate

Friday 11 April 2014

Karipap

Untuk Kulit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)
1/2 cawan air dari peti sejuk
1/4 sudu teh garam

Campurkan tepung dengan garam.
Lubangkan ditengah dan tuang minyak panas.  Kacau dengan sudu biar serata.
Dengan menggunakan jari-jari kita gaul biar menjadi berbintil-bintil(orang kata menjadi serbuk roti)
Masukkan air sejuk tadi (pada mulanya kita nampak adunan seakan lembek tapi bila lagi menguli ia akan sebati  dan menjadi adunan yang lembut.(bila air sudah meresap ni kakyah masukkan dalam plastik dan melenyek supaya ia menjadi adunan yang lembut dan cantik..sekejap aje sekitar 3 minit)
Keluarkan dari beg plastik dan bulatkan doh.
Buat ketulan sebesar duit 20 sen dan canai sedikit nipis.
Masukkan inti dan klimkan ia(minta maaflah ye..kakyah tak pandai sangat mengelim ni)
Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Inti Karipap
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
5.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.

3 comments:

  1. Do you mind if I quote a couple of your articles as long as I provide credit
    and sources back to your site? My blog is in the very same
    niche as yours and my visitors would certainly benefit from some
    of the information you provide here. Please let me
    know if this okay with you. Thanks a lot!

    My website; total war tome 2 install

    ReplyDelete