translate

Saturday 25 April 2015

Banoffe Cuppies

Terima Kasih Pada Sahabatku Pn. Rozilah Abdullah kerana perkongsian resepi yang hebat ini..

Bahannya
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
1/2 sudu teh garam
Ayak kesemuanya dan ketepikan dahulu.

250gm mentega
2 cawan gula halus
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan buttermilk(secawan susu segar atau campuran 2 sudu besar susu tepung dengan air(biar jadi secawan) dan dicampur dengan 2 sudu besar jus lemon atau cuka)..biarkan 10 minit.
2 cawan pisang yang telah dilenyek

Caranya
Panaskan ketuhar 170C.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar biar kembang.
Masukkan 1/3 daripada tepung yang telah diayak tadi...Putar seketika.
Masukkan separuh daripada pisang tadi.  Putar.
Masukkan separuh buttermilk.  Putar.
Ulang, dengan tepung, pisang dan buttermilk.
Masukkan seseluruhan tepung yang masih ada.  Putar seketika lagi.
Masukkan adunan ke dalam kertas kek mangkuk yang telah diletakkan dalam petitin sebanyak 3/4 daripada keseluruhan kertas kek tersebut.
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Topping
Cara kakyah
3/4 cawan mentega
2 sudu besar shorterning
1 cawan gula halus
4 sudu besar susu pekat
1 sudu teh/kecil esen vanila

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan shorterning, susu pekat dan esen.  Putar hingga kental.
Masukkan ke dalam plastik piping.

Karemel susu
50gm mentega
50gm gula perang
1/2 tin susu pekat
Sedikit esen vanila

Panaskan mentega, bila mencair masukkan gula perang.  Biarkan seketika sambil dikacau.
Masukkan susu dan esen.  Biar mendidih dan tutup api.  Sejukkan.

No comments:

Post a Comment