3 mangkuk nasi dingin
2 las bawang merah
6 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Segengam ikan bilis
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
Isi ayam
Udang segar
2 biji telur
Sebatang serai(potong nipis bulat dan dihaluskan)
1/2 kuntum bunga kantan(potong bulat dan dihaluskan)
Sehelai daun limau purut(hiris nipis)
Carrot(potong memanjang)
Lada sulah, gula dan garam
Caranya
Tumbuk bawang merah, putih, cili padi dan ikan bilis sehingga lumat.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.
Masukkan cili giling. Kacau sehingga wangi.
Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut. Kacau seketika.
Ketepikan dahulu bahan tumis, pecahkan telur. Apabila setengah masak kacau telur seketika.
Apabila telur hampir masak gaulkan sekali bahan yang kita ketepikan tadi.
Masukkan isian ayam dan udang. Letak sedikit lada sulah.
Masukkan sos tiram, gula dan sedikit garam.
Masukkan nasi dingin bersama carrot. Kacau sehingga nasi goreng kita mesra dengan rencahnya.