translate

Saturday 16 January 2016

Ayam Masak Bali

Bahannya
Setengah ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
2 labu bawang besar(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
1/2 inci halia(kisar)
2 batang serai(kisar)
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap manis
5 sudu besar cili giling
2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Sebatang serai(ketuk)
Sekeping asam keping(gelugur)
Garam secukupnya
Sedikit ajinomoto

Semasa mengisar masukkan bersama belacan, jintan manis, putih, ketumbar, cili giling, kicap, dan cili giling.
Masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
Perap semua bahan dengan ayam tadi 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam (tak la sampai garing) dengan api sederhana kecil.(semasa hendak menggoreng ketuk2kan sedikit ayam supaya salutan sedikit tertanggal sebelum dimasukkan ke dalam kuali)
Apabila selesai menggoreng, keluarkan sedikit minyak yang digunakan menggoreng tadi(bimbang terlebih minyak, kalau rasa ianya mencukupi gunakanlah semuanya..bergantung banyak mana kita guna semasa menggoreng ayam tadi)
Tumis lebihan perapan ayam tadi sehingga wangi.
Masukkan serai, daun kari, daun limau purut dan asam keping..
Masukkan ayam tadi dan tambah sedikit air.
Biar mesra seketika.
Boleh dihidangkan bersama nasi dan sesuai juga dengan nasi impit.
Kakyah masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat semasa menumis bahan perapan tadi.

4 comments:

  1. Terima kasih Kak yah.. Mmg tengah cari resipi ayam masak Bali ni..nak g wat jap lg.

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh ayam ni dan boleh makan dengan nasi putih, nasi lain2 dan juga sedap dengan nasi impit..

    ReplyDelete
  3. dah lama nak try resipi nih.... bila tgk k.Yah buat rasanya wajib masak le

    ReplyDelete
  4. Mohon share kak, memang sedapp resipi niii

    ReplyDelete