Friday, 17 May 2013

Kek Marble



1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder.
1 cawan gula kastor
250gm mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)

Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan perlahan.  Biar semuanya sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,  Satu biarkan plain(lebih banyak)dan satu lagi campurkan dengan bancuhan koko tadi(semangkuk sahaja).  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

Thursday, 16 May 2013

Puding Roti

Bahan-bahannya
8 keping roti
Setin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula
4 sudu besar margerin
1 sudu besar tepung jagung
Setengah cawan kismis
3 sudu besar coklat chip
1 sudu teh vanilla
Sedikit air
Sedikit garam(1/4 sudu teh)

caranya
Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu cair.
Masukkan telur yang telah dipukul dengan garfu, margerin, gula, garam, kismis dan coklat chip. serta esen vanila.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau semuanya biar sebati.
Sapu loyang dengan sedikit margerin dan masukkan semua adunan tadi.
Bakar selama 50 minit dengan suhu 180 - 190C atau sehingga masak.


Sunday, 12 May 2013

Donat Mayonis....Cara Menguli Tangan


Biar Gambar Berkata-Kata....

Adun semua bahan hinbgga menjadi doh yang kasar
Masukkan ke dalam beg plastik
Lenyek, Tenyeh dan Golek selama 5 minit
Keluarkan dan ia jadi elastik
Uli semula selama seminit dan bulatkan
Tutup dengan plastik pembalut makanan
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit dan letak bekas bertutup tadi DI ATAS ketuhar dan di alas dengan redai besi (jangan masuk dalam ketuhar nanti MASAK).   Bila masa tamat biarkan lagi selama 10 - 15 minit kerana ketuhar masih panas dan mengeluarkan haba.
Adunan mengembang sekali ganda

Tumbuk-tumbukan bagi mengeluarkan angin
Uli dan bulatkan adunan
Buat bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit
Adunan mengembang
Cucuk dengan jari telunjuk kita ditengahnya. dan letak atas permukaan beralas kertas dan biarkan seketika selama 20 minit.
  Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan dan salut dengan gula halus.

400gm tepung superfine

2 sudu besar mayonis

2 sudu susu tepung

1 biji telur(pukul dengan garfu dahulu)

180ml air suam(sesuaikan)
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan

Saturday, 4 May 2013

Kek Lapis Prune


Terima kasih kepada Rohaimi Ahmad atas perkongsian resepi ini.
Bahan-bahannya
300gm mentega
200gm gula halus
7 biji telur(diputar dahulu berasingan)
250 tepung hongkong(kalau tiada boleh guna tepung pau) diayak
100gm horlick
5 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovellette
1 sudu besar esen vanilla
100ml air sejuk
Pewarna yang sesuai...hijau, pink dan kuning
Buah prune tanpa biji(digunting kecil)

Caranya
Panaskan oven dengan suhu 180C
Putar mentega, ovellette dan gula hingga kembang.
Masukkan susu dan putar lagi.
Masukkan telur yang telah diputar tadi.  Putar biar berkrim.
Masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit. Sambil diputar.
Masukkan esen dan air.  Putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.  Masukkan cecair warna.
Sapu loyang 7X7inci dengan lebihan mentega dan alas dengan kertas kek.
Ambil 3 sudu besar(biar dapat 5 kali lapis untuk setiap warna) adunan bewarna hijau dan ratakan.
Bakar selama 10 minit api atas dan bawah.
Bila masak tekan kek(biar sedikit mampat)
Ambil lagi adunan tadi dengan sukatan yang sama, ratakan dan tabur dengan buah prune.  Bakar dengan api atas sahaja selama 10 minit.
Lakukan proses yang sama..Masukkan adunan, rata, tabur prune, masak, tekan.(api atas selama 10 minit.
Bagi lapis terakhir bakar selama 20 minit dengan api atas dan bawah.  Bila masak tekan kek untuk kali yang terakhir.

Friday, 3 May 2013

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya
2 cawan makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar
6 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar serbuk kari daging
Setengah cawan bawang goreng
4 biji cendawan butang tin(saiz besar, kak guna jenama Red..halal jakim)(potong nipis)
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging dan kacau sehingga kelihatan masak.
Masukkan juga serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan sedikit gula dan garam.
Masukkan air dan biar mendidih sekejap.  Angkat.
Masukkan bahan tumis ke dalam makaroni.  Gaul biar serata.
Masukkan susu cair.Gaul.
Masukkan sebahagian mozarella parut, daun bawang/sup, bawang goreng, cendawan dan lada benggala.
Tuangkan kesemuanya ke dalam bekar tahan bakar dan curahkan telur biar kena kesemua permukaan.
Tabur lebihan mozarella, bawang goreng, daun bawang, lada benggala dan cendawan butang.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.


Thursday, 2 May 2013

Pancake

Bahan-bahannya
3 sudu besar susu tepung dicampur air bagi menjadikannya 3/4 cawan air susu
2 sudu besar cuka makan
Campur keduanya selama 10 - 15 minit bagi menjadi buttermilk.
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
Ayak tepung dan bahan serbuk ini.
1 biji telur
2 sudu besar margerin
2 sudu besar gula halus.
1 sudu teh esen vanila

Caranya
Putar telur bersama gula dan margerin(guna bekas yang agak besar)
Masukkan buttermilk.  Putar dengan kelajuan yang slow.
Masukkan tepung yang telah diayak.  Putar kelajuan sederhana.
Masukkan juga esen vanila.  Putar lagi sehingga nampak putih dan lembut.
Panaskan kuali leper dan sapu/lapkan sedikit minyak.
Curahkan sesenduk adunan dan bulatkan.  Pastikan adunan kelihatan buih-buih  gelembung .
Balikkan dan biarkan masak.
Boleh dihidangkan bersama madu atau apa-apa yang sesuai.

P/s..Untuk yang tiada susu tepung bolehlah tukarkan pada susu yang lain.

Tuesday, 30 April 2013

Kek Kukus Pelangi


Terima kasih pada Che CT atas perkongsian resepi yang menarik dan sedappp..

Bahan-bahannya
6 biji telur
2 biji kuning telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
175gm santan kotak(kak guna 200gm)
200gm tepung kek(cara nak buat tpg kek rujuk blog kak sebelumnya)
Pewarna ungu,biru gelap, biru muda, kuning,orange dan merah

Caranya
Panaskan pengukus
Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang.(putar sekitar 5 minit)
Masukkan tepung kek dan vanila.  Kacau biar sebati.
Masukkan santan.  Biar sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
Alaskan loyang dengan kek kek dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit(tutup loyang dengan kertas aluminium.
Lakukan proses melapis hingga yang terakhir(yang terakhir kukus selama 20 minit)
Sejukkan.