Sumber Mummy Ryan
Kek Lapis DwiRasa Mummy Ryan
Sorry kak tukar nama kepada Kek Lapis Tiga Rasa.
Bahan
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung hongkong
1 cawan gula halus(tuan punya resepi guna 1 1/2 cawan)
250gm mentega
1 cawan horlick
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu pekat manis(505)
Pes strawberri(merah)
Pes pandan(hijau)
Coklat emulco
Panaskan oven suhu 180C
Putar mentega bersama gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen dan ovellete.Putar lagi biar sebati.
Masukkan susu.Putar kelajuan sederhana.
Masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit(kelajuan perlahan)
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan perisa seperti di atas.
Sapu loyang dengan lebihan mentega tadi dan alas loyang dengan kertas kek.
Masukkan 3 sudu besar adunan coklat dan sapu rata.
Bakar api atas dan bawah selama 10 minit.
Keluarkan dan tekan kek supaya sedikit mampat.
Masukkan 3 sudu besar adunan lain warna dan ratakan. Bakar api atas sahaja selama 10 minit.
Lakukan sehingga semua adunan habis.
Untuk lapisan terakhir bakar api atas dan bawah selama 15 minit.
Keluarkan dan sejukkan.
Bila dibilang-bilang ada 18 lapisan kesemuanya....
18 lapisan. Fuhh!! Bp lama lah nak siapkannya tu. Yg pasti melapis mmg perlukan kesabaran.
ReplyDeletememang kena sabar...ambik masa 3 jam lebih..
ReplyDeleteNampak moistt lh kak...mesti sedap ada 3 rasa..:-)
ReplyDeleteguna telur gred brp ni...mcm sedap ni...
ReplyDeleteUtk lapisan kcil2 cmtu sukatan guna apa ye?
ReplyDelete