Setengah ekor ayam(potong mengikut kesukaan)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Serbuk lada hitam
sedikit gula (kalau mahu manis sikit dan boleh tambah sedikit garam)
caranya
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan dilumurkan ke dalam ayam yang telah dibersihkan.
2.Campurkan juga bersama sos tiram dan kicap dan sedikit gula. Biarkan 10 minit dan kemudian dimasak atas api yang perlahan.Taburkan sedikit dengan lada hitam diatas ayam tersebut. Apabila ayam sudah masak, gorenglah ayam tersebut dengan minyak yang sedikit.(kuah air rebusan tadi jangan dibuang sebab akan dijadikan sos kicap)
Sos Kicap
Air rebusan perapan ayam tadi dimasak bersama sedikit tepung jagung sehingga mendidih.
Sos Lada
Cili merah
seulas bawang putih
Sesenduk air sup
Sedikit cuka
1 sudu besar sos cili
gula dan garam
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan
Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Serbuk lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya (lebihkan air sebab nak guna juga sedikit bagi memasak nasi..caranya kita masak semua bahan tadi bila sedikit mendidih kita ambillah bahagian untuk memasak nasi dan yang selebihnnya dibiarkan mendidih dengan agak lama)
Nasi Ayam
Beras dimasak bersama air rebusan ayam tadi, bersama daun pandan dan serbuk kunyit(masaklah seperti sukatan memasak biasa)
Asslmkm kak
ReplyDeletelama juga sue tak masak nasi ayam. Bila tengok nasi ayam akak ni, rasa teringin pula. Tp sbb kat rumah ni jarang makan nasi, tu yg kena ambik masa skit. Tunggu hujung minggu la kot baru dapat buat. :-)
rasa terliur pulak nengok nasi ayam ni, padahal bru lepas makan...hihihii
ReplyDeletesedapnya nasi ayam sana sini hari ni bernasi ayam maklum hari minggu biarlah yg enak2 utk family kan
ReplyDeleteSedap nyer Kak Yah rasa mau pi je umah Kak Yah mintak sepinggan heheheh
ReplyDelete