translate

Tuesday, 30 April 2013

Kek Kukus Pelangi


Terima kasih pada Che CT atas perkongsian resepi yang menarik dan sedappp..

Bahan-bahannya
6 biji telur
2 biji kuning telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
175gm santan kotak(kak guna 200gm)
200gm tepung kek(cara nak buat tpg kek rujuk blog kak sebelumnya)
Pewarna ungu,biru gelap, biru muda, kuning,orange dan merah

Caranya
Panaskan pengukus
Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang.(putar sekitar 5 minit)
Masukkan tepung kek dan vanila.  Kacau biar sebati.
Masukkan santan.  Biar sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
Alaskan loyang dengan kek kek dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit(tutup loyang dengan kertas aluminium.
Lakukan proses melapis hingga yang terakhir(yang terakhir kukus selama 20 minit)
Sejukkan.


11 comments:

  1. Salam perkenalan Kak Yah,

    Wah cantiknya kek kukus tu..meriah sungguh color..suka la..

    Singgah sini..
    www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Asslmkm kak yah. Lama dah teringin nak buat kek ni. Ntah bila la aura rajinnya tu nak datang.

    ReplyDelete
  3. Guna tepung kek yg dlm kotak tu ke?
    (Ibu qzm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak guna campuran tepung gandum dengan tepung jagung..3/4 cawan tepung gandum campur 1/4 cawan tepung jagung..dapat secawan tepung kek..untuk dapatkan 200gm kena buat lagi sukatannya dan timbang dalam gm

      Delete
  4. Cantiknye....saya cuba nk buat lah..share resepi ...

    ReplyDelete
  5. sdapnye..nk share resepi ye kak...

    ReplyDelete
  6. hi kak... sy cuba resipi atas ni tapi tak jadi kek... dia jadik mcm kuih lapis pulak. Hampa sy kak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana boleh jadi kuih lapis pulak..ikut resepi betul2 dan guna tepung kek ke?

      Delete
  7. 200gram tepung kek tu agak2 berapa cawan yer kak?

    ReplyDelete
  8. kalau letak terus adunan tu secara berlapis x boleh ke..

    ReplyDelete