translate

Wednesday 3 September 2014

Ayam Masak Merah

Setengah ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, halia dan kunyit(ditumbuk),garam dan sedikit cuka
10 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa
Selabu bawang besar(potong bulat)
Cili merah
Gula dan garam
Minyak untuk menumis dan menggoreng.

Ayam digoreng sehingga masak dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender
Gunalah lebihan minyak menggoreng ayam tadi (kalau banyak keluarlah sedikit)
Tumislah bahan blender tadi dan bila pecah minyak masukkan cili giling dan kacaulah seketika.  Bila naik bau masuklah sos tomato. cili dan sos tiram dan kicap manis. (kalau pekat sangat masukkan sedikit air)  
Masukkan air asam jawa (kalau tak suka masam tak perlu masukkan kerana sos-sos tadi ada rasa masamnya)   
Masuklah ayam yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata dan rasalah manis masinnya.  Tambah gula garam mengikut rasa tadi.  
Masukkan bawang besar dan cili merah dan kacau sehingga layu..

2 comments:

  1. Assalam kak yah..ayam masak merah mmg menu favourite sy dari kecik sampai besar. Tak pernah bosan mkn ayam msk merak..huhu

    ReplyDelete
  2. memang menu kegemaran anak2...dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete