translate

Friday, 25 December 2015

Nasi Goreng Kampung

Bahannya
4 cawan nasi dingin
5 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 sudu kecil cili giling
4 biji cili padi
3 sudu besar ikan bilis
Udang segar(dibuang kulitnya)
Sotong(potong bulat)
Kucai
Daun sup
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sebiji telur
Bahan perasa
Minyak untuk menumis
Caranya
Tumbuk bawang merah, putih, cili padi dan ikan bilis sedikit hancur.
Tumis bahan tumbuk dengan sedit minyak sehingga berbau wangi.
Masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan udang segar dan sotong.
Masukkan sos tiram dan kicap manis.
Pecahkan telur dan kacau.
Masukkan gula dan sedikit garam
Masukkan nasi dan kucai serta daun sup.
Kacau nasi dengan bahan2 lain sehingga mesra.
Pastikan bahan rencah mesra dan sebati dengan nasi dingin kita itu.

No comments:

Post a Comment