translate

Saturday, 21 January 2017

Koleh Ubi Keledek

Bahannya
500 gm ubi  keledek
500 ml santan(santan pekat campur air)
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam

Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Blender santan, gula, tepung beras dan telur biar sebati.  Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan dalam peti sejuk.

1 comment:

  1. Baru tahu ada kuih koleh keledek.tq share resepi.boleh cuba buat.

    Jom..lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.my

    ReplyDelete