translate

Tuesday, 7 February 2012

Kerabu Jantung Bersama Perut Lembu





Sebiji jantung pisang
3 ekor ikan selayang sederhana besar
3 keping asam keping
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak
Sedikit perut lembu yang dah siap direbus hingga empuk (kalau tak masukkan pun tidak mengapa)
2 atau tiga sudu besar santan
1 sudu teh cuka
2 biji limau nipis(kalau jenis yang banyak air kalau tidak mesti lebihlaa)
Gula dan garam

Ikan direbus dengan sedikit air dan asam keping sereta  garam sehingga masak. Biarkan sejuk.
Jantung pisang dipotong nipis-nipis dan direbus dengan air sehingga empuk(masa rebus kak letakkan sekeping asam keping).  Pastikan betul-betul empuk jantung pisang tersebut.
Bila sudah boleh diangkat toskan dengan air sejuk(supaya cepat sejuk)dan bolehlah dikempal-kempal jantung tersebut supaya keluar airnya.
Ikan rebus dibuang tulangnya dan diramas-ramas supaya hancur keseluruhan isi ikannya.
Tumbuk lada hitam, kemudian masukkan bawang merah, putih dan halia.  Biarkan sampai lumat.
Masukkan gula(1 sudu besar) dan ditumbuk lagi.
Gaulkan bersama jantung pisang, perut lembu yang telah dipotong nipis, isi ikan dan kelapa goreng tadi.
Masukkan cuka dan air limau nipis.  Gaul biar sebati.
Masukkan santan kelapa (santan kotak pun selalu kak guna) dan rasalah kesedapannya kalau tak cukup garam tambahlah ia begitu juga dengan gula.
Untuk menambah rasa masukkan cili api dan juga bawang besar yang telah dipotong nipis dan diramas-ramas.

Monday, 6 February 2012

Daging Goreng

1/4 kilo daging lembu (keluarga kak cuma 4 orang termasuk kak jadi tak perlulah masak banyak2)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit atau 1/2 inci kunyit hidup
1 biji lada merah
1/2 labu bawang besar
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh kicap
1/2 sudu teh cuka
Sedikit air asam jawa
Garam

Daging dipotong nipis-nipis dan ditoskan.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit(kalau guna kunyit hidup) diblender.
Keluarkan dan dicampur dengan garam, cuka dan sedikit asam jawa dan kunyit serbuk(kalau guna kunyit serbuk)
Peraplah bersama daging tadi sekejap.
Panaskan minyak dan masuklah daging dan gorenglah sehingga masak.
Kemudian masukkan sos tomato, cili dan kicap manis ke dalam daging tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat dan lada merah yang telah dipotong kecil.
Siap untuk dimasukkan dalam pinggan.

Sunday, 5 February 2012

Nasi Goreng Pattaya








4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
3 sudu besar sos tiram
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
5 biji telur(bersihkan dahulu kulitnya dengan air)
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Beberapa ekor sotong dipotong bulat-bulat
Gula dan garam
Lada hitam

Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan sotong serta lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan ketepikan.

4 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah dengan sedikit garam, bawang goreng(sedikit sahaja) dan air limau nipis serta lada hitam(yang sudah ditumbuk)
Masukkan dalam kuali dalam kuantiti 1/5 daripada telur tersebut.  Golek-golekkan kuali biar nipis serata dan masuklah nasi goreng dan letak ditengah-tengahnya..  Bila nampak masak lipatlah lebihan telur tersebut (biar kemas dan rapi)
ambil pinggan dan terbalikkan kuali ke dalam pinggan kita.(yang bawah telur dah jadi kat atas dalam pinggan kita)

Saturday, 4 February 2012

Bihun Goreng


Setengah bungkus bihun
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
2 sudu sos tiram
beberapa ekor udang
Beberapa ekor sotong
Sebiji telur
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit sayur sawi
Sedikit cuka
Lada sulah
Gula dan sedikit garam
Minyak dan air

Behun direndam dan biarkan ia lembut sebelum boleh digoreng.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi bersama cili api yang telah dipotong kecil.
Masukkan sedikit (dua tiga titik aja) cuka.  Biarkan naik bau.
Pecahkan telur dan kacau(masa ni ketepikan sedikit bawang yang ditumis tadi sebab kita tak mahu ia bercampur dengan telur tersebut)  apabila telur nampak berketul-ketul masaknya kacau sekali dengan bawang tadi,
Masukkan udang dan sotong  dan masukkan juga lada sulah.  Kacau biar sehingga hampir masak.
Masukkan sos tiram dan gula dan garam dan juga air
Masukkan sayur dan juga bihun.
Kacaulah sehingga bihun masak dan airnya sudah kering
Kacau  dan masukkan juga bawang goreng.
Biarkan semuanya sebati dan bolehlah diangkat.


Friday, 3 February 2012

Kari Tulang Ikan Masin

Cara-caranya
15 ketul tulang ikan talang(ada dijual kat pasaraya..kalau tiada ikan talang ikan kurau pun okey)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaaga
2 tangkai daun kari
2 sudu teh halba campur
3 sudu besar serbuk kari Babas
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar minyak masak
2 cawan santan pekat dan dicampur air jadi 4 cawan kesemuanya
2 biji lada besar
Sebiji tomato
Beberapa biji bendir
Sebiji ubi kentang
Asam jawa sebesar ibu jari kaki
Gula

Basuh ikan masin dan rebus dengan sedikit air hingga mendidih.  Kemudian buang airnya dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Panaskan periuk dan masukkan minyak masak'
Bila panas, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan juga daun kari.
Masukkan bahan blender dan kacau-kacau sehingga naik minyak.
Masukkan cili giling.  Biarkan seketika sambil sikacau-kacau.
Masukkan halba campur.
Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air (untuk tidak berkerak)
Kacau-kacau hingga naik minyak dan nampak berkilat.
Masukkan santan dan ubi kentang yang telah dibelah dua.
Masukkan ikan masin yang telah direbus tadi.Kacau perlahan-lahan.
Masukkan air asam jawa dan gula(garam jangan dibubuh lagi..takut-takut ikan tu dah masin)
Masukkan lada besar tadi.  Kacau perlahan-lahan biar sampai mendidih
Masukkan buah tomato.
Rasalah dan tambah gula dan kalau perlu garam ikut kesukaan masing-masing
Biar mendidih sampai naik minyak dan nampak lapisan merah berminyak di atasnya.

Thursday, 2 February 2012

Bihun Sup Perut

Bahan-bahannya
Setengah kilo perut
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Gula dan garam
Hiasan:
Daun sup
Cili merah
telur rebus
Taugeh yang dicelur
Timun batang
Limau nipis
Bawang goreng
Kicap pedas

Cara-caranya
Bersihkan perut dan rebus bersama air sampai sekali mendidih.  Angkat dan buang airnya.
Masukkan air yang lain dan rebuslah bersama bawang putih, halia dan serai yang semuanya telah diketuk.
Masukkan juga gula dan garam.
Rebus sehingga betul-betul empuk.(kalau nak guna periuk tekanan lagi cepat)
Bila empuk, keluarkan perut dan biarkan sejuk. kemudian dihiris kecil-kecil.
Panaskan semula air perut tadi dan rasalah manis masimnya.

Setengah bungkus bihun dicelur dengan air yang telah ditambah dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga bihun lembut.

Sambal kicap
Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api
(Sambal kicap ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bimakan selain behun sup sesuai juga dengan laksa penang, mee kari, cecah dengan ikan bakar atau apa-apa menu yang sesuai. 

Wednesday, 1 February 2012

Apam Tepung Beras

Bahan-bahannya
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
Sepeket Eno

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkangula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus.  Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuan lompang.
Kukus selama 7 minit.
Keluarkan dari bekas dan boleh dimakan bersama kelapa parut.