translate

Friday, 3 February 2012

Kari Tulang Ikan Masin

Cara-caranya
15 ketul tulang ikan talang(ada dijual kat pasaraya..kalau tiada ikan talang ikan kurau pun okey)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaaga
2 tangkai daun kari
2 sudu teh halba campur
3 sudu besar serbuk kari Babas
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar minyak masak
2 cawan santan pekat dan dicampur air jadi 4 cawan kesemuanya
2 biji lada besar
Sebiji tomato
Beberapa biji bendir
Sebiji ubi kentang
Asam jawa sebesar ibu jari kaki
Gula

Basuh ikan masin dan rebus dengan sedikit air hingga mendidih.  Kemudian buang airnya dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Panaskan periuk dan masukkan minyak masak'
Bila panas, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan juga daun kari.
Masukkan bahan blender dan kacau-kacau sehingga naik minyak.
Masukkan cili giling.  Biarkan seketika sambil sikacau-kacau.
Masukkan halba campur.
Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air (untuk tidak berkerak)
Kacau-kacau hingga naik minyak dan nampak berkilat.
Masukkan santan dan ubi kentang yang telah dibelah dua.
Masukkan ikan masin yang telah direbus tadi.Kacau perlahan-lahan.
Masukkan air asam jawa dan gula(garam jangan dibubuh lagi..takut-takut ikan tu dah masin)
Masukkan lada besar tadi.  Kacau perlahan-lahan biar sampai mendidih
Masukkan buah tomato.
Rasalah dan tambah gula dan kalau perlu garam ikut kesukaan masing-masing
Biar mendidih sampai naik minyak dan nampak lapisan merah berminyak di atasnya.

No comments:

Post a comment