translate

Sunday, 27 January 2013

Kek Ciffon Kastad Keremel..step by step

Goreng gula atas api sederhana
Goreng sehingga kuning dan berair
Dalam mangkuk..campurkan susu cair, kuning telur, gula, dan tepung kastad..kacau biar sebati dan akhirnya masukkan dalam gula hangus tadi
bakar dengan cara masukkan air dalam loyang yang lebih besar..masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu..
Campurkan kuning telur,tepung naik sendiri,gula, minyak jagung dan air..kacau biar sebati..
Dalam mangkuk yang lain..pukul putih telur hingga beku..
Campurkan ke dalam adunan tadi..kaup dan balik..biar sebati..
Bahagukan adunan..dan color ikut suka..
Paipkan sedikit demi sedikit.ke dalam keremel kita yang telah masak...
Ini..kalau nak buat corak..
Dah masakkk
Silakannnn makan....

A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad

Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.

B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla

C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan B - digaul sebati.

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)

Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

Disebabkan tepung naik sendiri stoknya kehabisan..kak buatlah sendiri tepung naik sendiri ni...caranya

500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ayak sebanyak 3 kali..siap Tepung Naik Sendiri kuuu

Thursday, 24 January 2013

Red Velvet Cheese Cake

oo
Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran baking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan  krim keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble, untuk marble kita buat garisan memanjang dan lorekkan dengan lidi sate atau lidi pengcungkil gigi. (kalau guna loyang bulat..kak ..buat bulatan kecil ditengah dan diikuti semakin membesar dan lakukan sehingga selesai dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi..buatlah lakaran tersebut)..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.
Lapisan krim keju ini kita sediakan ketika kek red velvet sedang dibakar.  Bila kek sudah dikeluarkan dari oven, kita tuangkan krim keju ini dan bakar semula seperti resepi di atas.

Wednesday, 23 January 2013

Mee Udang

Setengah kilo mee(dibasuh dengan air panas dan ditoskan)
400gm udang segar(sebahagian dikupas kulitnya dan selebihnya bersama2 kulitnya)
2 sudu besar udang kering(kisar)
4 ulas bawang merah(kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai(potong kecil dan kisar)
2 sudu besar cili giling
3 biji ubi kentang(saiz besar) direbus dan dihancurkan
1/2 kiub tomyam
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar dan juga cili giling hingga naik wangi.  Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Masukkan kiub tomyam.
Masukkan air mencukupi dan juga ubi kentang.  Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih masukkan udang.  Biar sampai masak.

Bahan hiris
Sawi(potong dan celur)
Tomato(belah 4 dan celur)
Fish cake(goreng dan potong nipis)
Telur rebus
Cili merah(hiris nipis)
Limau nipis
Bawang goreng



Monday, 21 January 2013

Ayam Percik

Bahan
Setengah ekor ayam (ayam kecil)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam dan  air asam jawa . Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
Masak santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk, bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.

Saturday, 19 January 2013

Mee Sizzling

Bahan-bahannya
5 keping mee sanggul (rendam sekejap dan toskan)...untuk 3 orang..tapi kat rumah ni hanya untuk 2 orang makan....tu pun tak cukup..huhuhuhu...
4 ulas bawang putih(ketuk dan potong kecil)
Seinci halia(mayang halus)
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 biji cili kering(potong beberapa bahagian)
Udang segar(buang kulit dan dibiarkan ekornya)
Isi ayam(potong nipis)
3 biji tomato(belah empat)
Beberapa keping cendawan hitam(potong kecil)
Beberapa batang sayur sawi(potong kecil)
Carrot(potong memanjang)
Telur
Serbuk lada hitam
Gula dan garam
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya untuk kuah..3 atau 4 cawan
Minyak untuk menumis

Bahan Penting
HOT PLATE

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali  dan tumis bawang putih sehingga sedikit kekuningan.  Segera masukkan halia dan cili kering.  Bila wangi semuanya, masukkan ayam dan udang.  Kacau seketika.  Masukkan sos tiram dan kicap.  Masukkan air dan juga cendawan.  Masukkan gula dan sedikit garam.  Masukkan bancuhan tepung jagung.  Kacau dan ianya sedikit pekat.  Ketepikan.

Panaskan hot plate dan masukkan sedikit mee sanggul ( bahagikan kepada 3 atau 2 bahagian dan kuahnya serta bahan2 lain pun bahagikan agar mencikupi).  Masukkan kuah.  Pecahkan sebiji telur ke atasnya.  Masukkan sayur sawi dan carrot.  Masukkan tomato dan serbuk lada hitam.  Kacau-kacau sedikit agar sayur dan tomato kena kuahnya.  Bila nampak sedikit layu bolehlah diangkat.

KALAU TIADA HOT PLATE BOLEHLAH BUAT SEPERTI BIASA IAITU APABILA KUAH PEKAT MASUKKAN SAYUR2 DAN TOMATO SERTA LADA HITAM.  PECAHKAN TELUR DAN AKHIRNYA MASUKKAN MEE SANGGUL..DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN DALAM BEKAS YANG BERSESUAIAN.


Friday, 18 January 2013

Ayam Bakar Madu

Setengah ekor ayam(2 bahagian paha)
6 ulas bawang putih(tumbuk)
Seinci halia(tumbuk)
1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak zaitun(nak masukkan minyak biasa pun ok)
Sedikit minyak untuk memanggang

Campurkan semua bahan tumbuk dengan sos tiram, madu, gula, minyak zaitun dan garam.  Kacau biar sebati.
Perap bersama ayam selama setengah hari(3 atau 4 jam dalam peti).
Bakar/panggang atas kuali tanpa minyak sehingga masak(masukkan sedikit minyak pada permukaan kuali tersebut)

Thursday, 17 January 2013

Apam Nasi




2 cawan nasi

4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno
Pewarna makanan

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.  Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus.  Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuannya.  Kukus selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.