translate

Saturday, 30 November 2013

Roti Chelsea

Bahannya.
380gm tepung gandum 
160ml air suam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk disapu atas roti nanti)
2 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Bahan B
2 sudu besar gula perang
2 sudu kecil serbuk buah pala
50gm campuran buahan kering
2 sudu besar mentega

Campurkan kesemua bahan B biar sebati/rata.

Satukan semua bahan A  kecuali air suam dalam mangkuk.
Masukkan sedikit demi sedikit air dan satukan supaya menjadi doh yang masih lagi kasar.
Masukkan doh tersebut ke dalam beg plastik(yang bersih) dan golek-golekkan di atas permukaan yang rata atau nak tenyeh-tenyehkan di dalam mangkuk adunan tadi pun ok juga.
Lakukan selama 5 minit(doh kita nampak elastik)
Keluarkan dari beg plastik dan uli balik di dalam mangkuk tadi bagi membentuk doh yang bulat.(seminit dua aje)
Tutup permukaan mangkuk(kak guna jenis besi) dengan plastik pembalut makanan.
Panaskan ketuhar dan letak redai besi di atas(kat luar) ketuhar kita tersebut.
Suhu 160C selama 25 minit.
Letak mangkuk adunan doh di atas redai tadi(adunan berada di luar ketuhar)
Apabila masa sudah tamat biarkan seketika lagi(20 minit dan mangkuk dan ketuhar masih panas/suam)
Apabila adunan sudah mengembang boleh buka penutup plastik dan dengan menggunakan tangan kita tumbuk-tumbukkan adunan yang mengembang itu.
Uli dan bulatkan semula Jadikan 2 bahagian.
Ratakan/gelek adunan setiap satu tersebut dengan ketebalan1/2 inci dan sapu dengan campuran bahan B.
Gulung dan potong sebanyak 8 bahagian bagi setiap adunan tadi.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek dan biarkan selama 20 minit/ atau naik 2 kali ganda(jarakkan setiap ketul dan bila mengembang dia akan rapat)
Sapu dengan lebihan telur tadi yang bercampur sedikit susu cair/segar.
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.
Sejukkan dan simpan bekas bertutup.

Friday, 29 November 2013

Butter Prawn(video)

Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam

Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.  
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing..
Apabila minyak berbuih segera matikan api tetapi kita masih lagi mengacaunya seketika..
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan  telur tadi di atasnya.

Wednesday, 27 November 2013

Talam Lapis 3 Rasa

Resepi ini diadaptasi dari resepi asalnya talam tokyo tetapi ditambah dengan ubi kayu rebus.  Resepi talam tokyo kak ubahsuai dari resepi talam tokyo Sally Rashid(dari Dapur Kecilku)..terima kasih banyak-banyak dan maaf juga banyak-banyak kerana kakyah ada melakukan sedikit pengubahsuaian.

Lapisan bawah
300ml santan
70gm tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
400gm ubi kayu(rebus dan lenyek)
70gm gula pasir
Sedikit garam

Loyang bulat 9X9 dialas dengan plastik dan disapu sedikit minyak.  Ketepikan.
Campurkan semua bahan kecuali ubi kayu
Kacau sehingga tidak bergintil.
Masukkan ubi dan kacau serata.
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 20 minit.(pastikan tutup loyang dengan aluminium foil)

Lapisan tengah
300gm sagu halus putih
60gm suun
100gm kelapa parut putih
400gm santan cair
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam

Basuh sago dan rendam selama 1/2 jam.
Suun direndam dalam air suam selama 1/2 jam juga.(tos dan digunting kecil)
Toskan sago dan campur bersama kelapa parut, gula, garam dan suun.
Masukkan santan dan kacau biar serata.
Masukkan ke dalam lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus semula selama 1/2 jam.(tutup loyang seperti tadi juga)
Apabila masak tekan sedikit lapisan ini.

Lapisan atas
3 biji telur
150gm gula
50gm tepung kastad
200ml air diblender bersama 4 helai daun pandan dan ditapis (ambil airnya)
200gm santan pekat
1 sudu teh air kapur
Pewarna hijau

Semua bahan diblender dan dimasak seketika di atas api yang perlahan.(tak perlu sampai mendidih)
Masukkan ke dalam lapisan tengah tadi yang telah ditekan.
Kukus semula dan lakukan seperti cara tadi juga.(kak tidak tutup dengan aluminium foil yang ini sebab adunan dah hampir penuh)
Kukus semula selama 40 minit lagi atau sehingga masak
Sebelum dipotong sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.

Monday, 25 November 2013

Air Asam

Bahannya
3 ulas bawang merah
Selabu bawang besar
3 ulas bawang putih

Kesemua bahan ini dibakar sehingga lembut di dalamnya(jangan tanggalkan kulitnya).
Cara yang kakyah lakukan letakkan atas kuali tanpa minyak pasang api kecil dan biarkan selama hampir 20 minit.

sedikit halia
Selabu bawang besar(saiz kecil)..(potong kecil)
Sebiji tomato(dadukan)
Beberapa biji cili padi
Belacan bakar
Gula dan Garam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar cuka
3 biji limau nipis (buat jus limau nipis..ambil airnya)
Sedikit air masak(tambah ikut kesesuaian..jika air asam terlalu pekat)

Tumbuk bahan bakar tadi(tanggalkan kulitnya) bersama gula(mulakakan 2 sudu besar) dan garam(Secukupnya).
Apabila hancur masukkan cili padi, bawang besar, halia, belacan dan tomato.
Tumbuk jangan terlalu lumat.
Masukkan cuka, sos tomato, sos cili dan jus limau nipis.
Tambah gula dan garam jika perlu.
Sepatutnya ada rasa manis, masam dan sedikit masin

P/s Sesuai untuk dicicah dengan perut lembu rebus, daging rebus atau apa-apa yang sesuai.

Saturday, 23 November 2013

Mee Bandung

Bahannya
1/2 kilo mee kuning(celur sekejap dengan air panas dan toskan)

Kuah
Udang segar
Sotong(potong bulat/memanjang)
Daging (potong nipis)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji telur
1/4 cawan udang kering
4 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar cili giling
Cili padi(kalau sukakan pedas)
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati daging
Sawi dan kobis

Blender semua bahan tersebut.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan blender sehingga wangi.
Masukkan sos tiram, kacang tanah dan kiub daging.  Kacau seketika.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan ayam, udang dan sotong.
Biarkan mendidih dan keluar minyaknya.(permukaan kuah nampak berminyak/merah)
Pecahkan telur sebiji demi sebiji.(jangan dikacau)
Bila nampak telur sudah masak masukkan sayuran, gula, garam dan bahan perasa.
Bolehlah diangkat.

Bahan tabur
Tauhu(digoreng)
Fish ball(goreng)
Fish cake(goreng)
Tomato(celur)
Cili merah(potong nipis)
Limau nipis/kasturi
Daun bawang
Bawang goreng

Thursday, 21 November 2013

Puff Tuna

Kulit puff

Inti
Sardin tuna
1/2 labu bawang besar(potong dadu)
Lada merah(potong kecil)

Telur untuk gliss

Campur kesemua bahan inti biar sebati.
Sekeping kulit puff dipotong 3 bahagian
Letak inti dan gulung.
Letakkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Sapu permukaan atasnya dengan telur yang telah dipukul dengan garfu  dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180 - 190C.

Wednesday, 20 November 2013

Cinnamon Roll

380gm tepung gandum 
160ml air suam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk disapu atas roti nanti)
2 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Bahan B
4 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar mentega
Campurkan kesemuanya biar sebati/rata.