translate
Wednesday, 27 November 2013
Talam Lapis 3 Rasa
Resepi ini diadaptasi dari resepi asalnya talam tokyo tetapi ditambah dengan ubi kayu rebus. Resepi talam tokyo kak ubahsuai dari resepi talam tokyo Sally Rashid(dari Dapur Kecilku)..terima kasih banyak-banyak dan maaf juga banyak-banyak kerana kakyah ada melakukan sedikit pengubahsuaian.
Lapisan bawah
300ml santan
70gm tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
400gm ubi kayu(rebus dan lenyek)
70gm gula pasir
Sedikit garam
Loyang bulat 9X9 dialas dengan plastik dan disapu sedikit minyak. Ketepikan.
Campurkan semua bahan kecuali ubi kayu
Kacau sehingga tidak bergintil.
Masukkan ubi dan kacau serata.
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 20 minit.(pastikan tutup loyang dengan aluminium foil)
Lapisan tengah
300gm sagu halus putih
60gm suun
100gm kelapa parut putih
400gm santan cair
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
Basuh sago dan rendam selama 1/2 jam.
Suun direndam dalam air suam selama 1/2 jam juga.(tos dan digunting kecil)
Toskan sago dan campur bersama kelapa parut, gula, garam dan suun.
Masukkan santan dan kacau biar serata.
Masukkan ke dalam lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus semula selama 1/2 jam.(tutup loyang seperti tadi juga)
Apabila masak tekan sedikit lapisan ini.
Lapisan atas
3 biji telur
150gm gula
50gm tepung kastad
200ml air diblender bersama 4 helai daun pandan dan ditapis (ambil airnya)
200gm santan pekat
1 sudu teh air kapur
Pewarna hijau
Semua bahan diblender dan dimasak seketika di atas api yang perlahan.(tak perlu sampai mendidih)
Masukkan ke dalam lapisan tengah tadi yang telah ditekan.
Kukus semula dan lakukan seperti cara tadi juga.(kak tidak tutup dengan aluminium foil yang ini sebab adunan dah hampir penuh)
Kukus semula selama 40 minit lagi atau sehingga masak
Sebelum dipotong sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedap ni
ReplyDeletecantik hasilnya
ReplyDelete