translate

Friday, 27 December 2013

Tosei

Bahannya
1 cawan kacang urid dhal/ulunthu
2 cawan beras
1 sudu teh halba
Semua bahan dibasuh dan direndam semalaman.

1 cawan nasi dingin
3 cawan air

1 sudu teh garam(dimasukkan ke dalam adunan semasa proses menggoreng)

Toskan campuran tadi dan diblender bersama nasi dingin dan air sehingga halus/hancur.
Masukkan dalam bekas yang agak besar dan bertutup.
Simpan 6 jam/semalaman/seharian.
Adunan akan bertambah sekali ganda.
Jangan perap terlebih lama sangat.  Selepas perapan kita boleh simpan dalam peti ais.
Bila nak menggorengnya masukkan garam dan kacau rata.(pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair..kalau terlalu pekat tambah sedikit air sejuk)..sukatan air yang kakyah buat ni sudah sesuai tetapi mungkin bergantung juga pada jenis beras.
Gunakan api yang perlahan semasa proses menggoreng.
Sapu sedikit minyak pada kuali yang permukaannya rata.
Ambil sesenduk adunan dan diletakkan pada tengah kuali.
Dengan menggunakan belakang senduk tersebut nipiskan adunan dari tengah ke tepi kuali secara membulat.
Tutup adunan tersebut dan lebih kurang 2 minit adunan tersebut akan masak dan sedikit garing.
Lipatkan dan boleh dihidang bersama kuah kari atau apa2 yang sesuai.

Wednesday, 25 December 2013

Donat Keju Leleh

Bahannya
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder


1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup  dengan plastik raping dan  letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi  kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit(letak bulatan donat ini di dalam dulang yang beralas kertas kek.

4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
5.Toppingkan dengan keju dan ditabur dengan parutan cheddar.

Krim keju leleh

Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor


Parutan cheddar
Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.  Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.


Saturday, 21 December 2013

Sup Tulang

bahan-bahannya
Sekilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.

caranya
1. tulang lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya.  Masukkan semula air yang lain  dan direbus bersama sup punjut.
2 Sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama .  Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi .  Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan.  Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. Hidangkan mengikut cara hiasan masing-masing

Thursday, 19 December 2013

Solok Lada

Bahannya
8 biji lada hijau(belah memanjang dan dibuang bijinya)
4 ekor ikan selayang(sesetengah orang panggil ikan sardin) - diambil isinya
Sebiji telur
Secawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia(suku inci halia)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar gula(ikut kesukaan)
Sedikit garam
Daun kadok(jika ada)

Lada hitam ditumbuk biar sedikit hancur.  Masukkan gula dan garam.  Tumbuk.
Masukkan bawang merah, putih dan halia.  Tumbuk.
Bila kesemuanya sudah lumat/hancur masukkan isi ikan.  Tumbuk lagi.
Masukkan kelapa parut.  Tumbuk biar nampak sebati kesemuanya.
Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas lain.
Pecahkan telur dan dikacau biar sebati.
Masukkan campuran bahan ini ke dalam lada hijau tadi(kalau bimbang tangan akan panas proses membuang biji lada dan mengisi solok ini dilakukan dengan memakai sarung tangan plastik)
Susun daun kadok biar menutupi dasar periuk.
Masukkan solok dengan menyusun bahagian belahan lada berisi solok kedudukannya di atas.
Tuang santan biar mengenai lada-lada tadi.  Pastikan santan mencukupi dan tidak kering bila kita memasaknya nanti.
Masak dengan api yang perlahan sehingga lada menjadi layu dan kelihatan isinya pejal dan masak.



Wednesday, 18 December 2013

Home made Aiskrim

Bahan-bahannya
3 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan susu tepung
250gm whipping creme
1 sudu besar ovelete
1 susu teh vanila

Putar kesemua bahan sehingga pekat.
Simpan dalam peti ais bahagian beku semalaman.

Tuesday, 17 December 2013

Roti Boy/Maxican Bun

Doh Roti
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar shortening
2 sudu besar mentega
4 sudu besar water roux
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
200gm air suam

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat.  Sejukkan.

Caranya
Campurkan terlebih dahulu telur, air dan susu pekat(biar menjadi 200ml)
Masukkan yis(mauripan) dan biarkan ia menjadi berbuih.
Campurkan ke dalam bahan-bahan di atas.  Adun/uli biar menjadi satu doh yang kasar(ambil masa dua tiga minit sahaja.
Masukkan ke dalam plastik beg dan diuli di dalam bekas mangkuk yang kita guna untuk menguli tadi.
Lakukan selama lebih kurang 5 minit atau adunan menjadi elastik.
Keluarkan dari beg plastik dan uli dan bulatkan doh tersebut.
Masukkan dalam bekas mangkuk dan tutup bekas tersebut.
Untuk mempercepatkan proses pengembangan kak letak mangkuk itu di atas oven dan onkan selama 20 minit dan biarkan api dipasang di sebelah atas sahaja.(letak diluar oven/di atas oven)
Bila masa sudah tamat biarkan ia seketika lagi dan pastikan adunan mengembang sekali ganda.
Tumbuk adunan dan uli bulatkan semula doh tersebut.
Buat bulatan/ketulan sebanyak 17 biji semuanya.
Masukkan inti filling dan tutup dengan sebaiknya.  Pastikan ditutup dengan baik dan kemas sebab ia boleh menjejaskan rupa bun kita bila masak nanti.
Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas kek.
Pastikan kita letak berjarak antara satu sama lain(jangan biarkan bun kita bercantum bila proses pembakaran kelak.
Biarkan bun kita mengembang (ambil masa 20 minit)
Masukkan adunan topping ke dalam paping beg dan paipkan secara spiral bermula dari tengah bun kita.(paip secara membulat bermula dari tengah)
Tak perlulah kita paipkan sehingga habis permukaan bun tersebut sebab bila proses pembakaran topping akan mencair dan akan meleleh turun kebawah.
Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.

Filling
200gm mentega
70gm gula perang
1 sudu teh esen vanila

Pukul/putar semua bahan sehingga kembang.

Topping
200gm mentega
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1 sudu kecil kopi emulco
3 biji telur
130gm gula asing

Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan kopi emulco dan pukul lagi.
Masukkan kedua tepung yang telah diayak.
Pukul biar kelihatan berkrim.



Saturday, 14 December 2013

Home Made Fish Ball

500gm ikan dori(boleh beli kat dingin beku pasaraya)
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu teh soda bicarbonat
6 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi kayu
Garam secukupnya
60ml air sejuk dari peti ais
Sedikit gula

Apabila ikan sudah cair bekunya, rendam seketika dalam larutan cuka yang bercampur dengan air(untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut)
Jikalau menggunakan food processor, masukkan semua bahan dan kisar sehingga hancur dan lumat.
Kalau cara biasa tumbuk/blend isi ikan dan bawang-bawang tersebut dan campurkan kemudiannya dengan bahan lain.  Adun dengan air biar sebati.
Masak air(air lain dan dalam jumlah yang agak banyak/separuh periuk yang kita gunakan sehingga mendidih.
Basahkan tangan dan gintillah adunan tersebut berbentuk bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tersebut dan ianya akan masak apabila ketulan akan mula timbul.
Ceduk/ambil fish ball dan masukkan ke dalam penapis untuk disejatkan lebihan air yang ada padanya.
Boleh digunakan pada bila-bila masa dan hidangan.

Fish ball
Tepung tempura
Putih telur
Serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit(1/4 sudu teh)
Air secukupnya

Adun bahan tersebut(kecuali fish ball) dan celup fish ball dan digoreng dalam minyak yang agak banyak sehingga kekuningan.

Kalau tiada tepung tempura bolehlah menggunakan adunan seperti
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Serbuk lada sulah
Sedikit serbul kunyit
Telur putih(dr sebiji)
Air secukupnya.