Biar Gambar Berkata-Kata....
Adun semua bahan hinbgga menjadi doh yang kasar
Masukkan ke dalam beg plastik
Lenyek, Tenyeh dan Golek selama 5 minit
Keluarkan dan ia jadi elastik
Uli semula selama seminit dan bulatkan
Tutup dengan plastik pembalut makanan
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit dan letak bekas bertutup tadi DI ATAS ketuhar dan di alas dengan redai besi (jangan masuk dalam ketuhar nanti MASAK). Bila masa tamat biarkan lagi selama 10 - 15 minit kerana ketuhar masih panas dan mengeluarkan haba.
Adunan mengembang sekali ganda
Tumbuk-tumbukan bagi mengeluarkan angin
Uli dan bulatkan adunan
Buat bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit
Adunan mengembang
Cucuk dengan jari telunjuk kita ditengahnya. dan letak atas permukaan beralas kertas dan biarkan seketika selama 20 minit.
Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan dan salut dengan gula halus.
400gm tepung superfine
2 sudu besar mayonis
2 sudu susu tepung
1 biji telur(pukul dengan garfu dahulu)
180ml air suam(sesuaikan)
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan
as salam kakyah mengebu sungguh donat mayo nie ...saya belum pernah try lagi...insyallah nanti boleh lah cuba.
ReplyDeleteYelah..gebusssnye..dh penah try sblm nie..tp lain resipi..x gebu pun..donut pn keras..nape ye kak?
ReplyDelete