Kek red Velvet
3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk
330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka
Blueberry Filling
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis. Putar dengan kelajuan yang sederhana.
Tambahkan juga pewarna merah ke dalam adunan. kacau sebati.
Campurkan dan kacau baking powder dengan cuka, kemudian masukkan ke dalam adunan
Kacau sebati adunan tersebut. .
Ambil 3 sudu besar daripada adunan tersebut untuk lakaran marble.
Bahagikan kepada dua adunan sama banyak. Satu adunan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak)
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang kurang separuh daripada lapisan keju
Masukkan blueberry filling ke dalam plastik aising dan gunting muncungnya. Buat jaluran memanjang sehingga habis permukaan kek itu.
Bakar selama 10 - 15 minit Keluarkan dari oven dan masukkan adunan kek yang kedua tadi. Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Selepas itu tuang lapisan krim cis dan buat lakaran marble (caranya adunan yang disimpan (3 sudu besar tadi masukkan dalam plastik asing gunting hujungnya dan paip secara memanjang dalam loyang kek empat persegi kita itu dan menggunakan lidi atau apa-apa pun ditarik lakaran tersebut) Bakar semula selama 15 - 20 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.
Cara membuat krim keju...Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
salam kak yah..
ReplyDeletebestnya red velvet cake dengan blueberry filling..ada kelainan rasa di situ..sangat menarik dan pastinya sedap.
sedapnyer.. nampak sangat moist
ReplyDeletesila bgtau saya sapa manusia x suka mkn kek ni kcuali org dok tg. rmbutan...looks so yuummii
ReplyDelete