Bahan-bahannya
5 biji telur
100ml air
150gm gula melaka(2 keping saiz kecil)
2 helai daun pandan
200ml santan pekat
Sedikit garam
30gm tepung gandum
Masak air bersama gula melaka, daun pandan dan sedikit garam hingga gula melaka hancur.
Angkat dan masukkan santan. Sejukkan.(kak sejukkan dalam peti ais sekejap)
Masukkan kesemuanya ke dalam blender bersama telur dan tepung gandum.
Blender sampai berbuih.
Tapiskan.
Panaskan oven suhu 200C dan panaskan acuan akok(bunga kemboja) atau petitin yang telah kita sapu dan masukkan sedikit minyak masak selama 5 minit.
Masukkan adunan separuh/setengah penuh dan bakar selama 25 - 30 minit.
Akok akan mengembang dan naik tinggi semasa proses pembakaran dan akan turun semula..
Masa membakar bergantung pada acuan...kalau guna bekas petitin untuk cupcake tu hanya sekitar 15 minit sahaja.
No comments:
Post a Comment