translate
Sunday, 20 July 2014
Mee Kuah
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang
2 biji telur
Sawi
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
Fish cake
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis
Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering.
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bahan tumbuk dan cili giling. Biar sampai wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, serta fish cake(potong kecil), sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment