translate

Sunday, 29 March 2015

Bingka Tepung Beras

Terima kasih pada sahabat fbku, Pn Senisah Zaini atas perkongsian resepi ini.  Moga resepi ini memberi manfaat kepada yang mencubanya.  Amin..

Bahannya
250gm tepung beras
50gm tepung hongkwe putih
250 - 300gm gula pasir
5 helai daun pandan
1 sudu teh garam
1700ml santan
1 sudu teh vanila

Masak santan bersama daun pandan dan gula sehingga gula hancur.  Sejukkan.
Keluarkan daun pandan dan masukkan tepung beras, tepung hongkwe, garam dan vanila.
Kacau sebati semuanya dan ditapis.  Ketepikan adunan sebanyak 150ml.
Lebihan yang banyak tadi kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Masukkan ke dalam loyang 8inci yang telah disapu sedikit minyak dan di alas dengan daun pisang.
Ratakan dan tuangkan adunan yang cair tadi  ke atasnya.
Bakar dalam ketuhar dengan api atas sahaja dengan suhu 180C selama 50 minit.
Sejukkan dan sedia untuk dipotong.

No comments:

Post a Comment