Resepi ini saya ambil dari blog Mat Gebu dan sumbernya dari Kak Jee(Fauziah Samad)..Terima Kasih Banyak-Banyak Atas Perkongsian Resepi Yang Cukup Sedap..Buat Setiap Hari Pun Tak Puas Makan...
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
180ml air
3 biji telur(gred A)
Secubit garam
Setitik pewarna kuning
2 Sudu besar gula(yang ni kakyah tambah..kitakan kelantan..tapi tak manis)
Minyak sapi(untuk diletak dalam acuannya nanti)
Caranya
Bender semua bahan.(kecuali minyak sapi)
Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan 1/4 sudu besar minyak sapi. Biarkan cair.
Masukkan adunan 3/4 daripada acuan tersebut. (gunakan api yang sederhana)
Biarkan hampir masak dibahagian tepi acuan. Masukkan inti daging. Tutup acuan seketika.
Sementara itu panaskan oven. Masukkan acuan ke dalam oven dan masak sekitar 15 minit dengan suhu 190C(guna api atas sahaja)
Inti daging
Bahannya
150gm daging kisar(yang ni kakyah hanya potong kecil2 sahaja)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 labu bawang besar(dadu)
Daun Sup(cincang)
2 sudu besar rempah kari daging
Sebiji cili merah(dadukan)
Sedikit air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Masukkan bawang besar. Kacau biar layu.
Masukkan daging. Masukkan gula dan garam.
Bila sudah masak masukkan daun sup, dan cili merah.
Bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment