translate

Thursday, 11 October 2012

Nasi Lemak

3 cawan beras
3 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 inci halia
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

Masakkan santan bersama daun pandan, bawang dan halia yang telah dimayang dan dihiris, gula dan garam sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 keping Gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

Tuesday, 9 October 2012

Kari Ayam


Seekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.(bersihkan dengan cuka untuk menghilangkan hanyir)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga 
3 atau 4 sudu besar rempah kari ayam(alagapas atau babas)
1 sudu besar cili giling
setangkai daun kari
2 atau 3 biji cili hijau
4 cawan santan kelapa
2 biji kentang(belah 2)
air asam jawa(3 sudu besar)
gula dan garam dan bahan perasa
minyak masak

caranya
1. Bawang merah, putih, dan halia diblender hingga hancur dan di tumis di dalam  minyak yang panas.kemudian masukkan daun kari dan rempah-rempah kecuali serbuk kari. Biarkan sehingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan cili giling dan biarkan saketika .  Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan ia naik bau(masukkan sedikit air kalau bimbang hangit) dan seterusnya masuklah santan pekat dan seterusnya ayam. dan ubi kentang.    Masukkan air asam, gula, garam dan cili hijau dan masaklah kari ayam sehingga betul-betul mendidih dan naik minyak.

Monday, 8 October 2012

Kek Butter

Bahan-bahannya
1 cawan(200gm) mentega
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanila

Caranya
Putar mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan vanila   Putar lagi hingga nampak putih(kembang)
Ayak tepung.
Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau menggunakan senduk.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Masukkan ke dalam bekas yang telah dialas kertas kek bersapu margerin.
Bakar selama 50 minit.  (5 minit pertama guna api bawah dan selebihnya guna api atas dan bawah.

Friday, 5 October 2012

Kek Mangkuk Chiffon Pandan

Sumber dari buku Resepi Kek-Kek Mangkuk

Bahan-bahannya
75gm tepung kek(nak guna tepung gandum biasa pun ok)
1/4 sudu teh baking powder
3 biji telur(asingkan putih dan kuning)
1/4 krim of tartar
65gm gula halus
25ml santan pekat(guna santan kotak)
35ml jus daun pandan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Caranya
Pukul putih telur dengan krim of tartar hingga berbuih.  Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan kental(beku)
Ayak tepung dengan baking powder.
Pukul kuning telur dengan garfu, kemudian masukkan susu, santan, jus pandan, minyak dan tepung yang telah diayak tadi.
Masukkan putih telur tadi ke dalamnya. dan kacau biar rata.
Panaskan oven dengan suhu 170 - 180C.
Susun mangkuk kertas dalam petitin.
Masukkan adunan ke dalam kertas kek mangkuk dan hentak perlahan petitin apabila siap semuanya.
Bakar selama 20 minit. (Pada mulanya bakar guna api bawah selama 5 minit dan tukar kepada api atas dan bawah selebihnya)
# adunan ini hanya mendapat 12 biji kek mangkuk sahaja)
Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Terdapat lagi lebihan sedikit  tpg kek untuk sukatan di atas

Thursday, 4 October 2012

Singgang Kepala Ikan Merah

Bahan-Bahannya
Seketul kepala ikan merah dipotong kecil-kecil
3 ulas bawang putih(dimayang)
3 keping halia
10 keping lengkuas
2 biji lada hijau
3 keping asam gelugur
3 biji bendir
Gula dan Garam
Air secukupnya

Rebus kesemua bahan kecuali bendir sehingga berminyak dan betul-betul mendidih.  Sebelum diangkat masukan bendir.  Biarkan seketika.  Rasa singgang biar ada rasa masin, sedikit manis dan rasa masam.
(Pastikan tidak ada rasa dan bau hanyir)

Bingka Labu

Bahan-bahannya
3 cawan santan
3/4 cawan gula
2 cawan tepung gandum
Sebiji labu madu(rebus dengan sedikit garam dan lenyekkan)
2 sudu besar tepung kastad
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam
Biji bijan
4 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaanya
Blender semua bahan kecuali labu.
Kacau bahan blender bersama labu.
Panaskan loyang yang telah di masukkan dengan 4 sudu besar minyak di atas dapur.
Apabila panas masukkan adunan tadi
Sementara itu oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
Biarkan adunan atas api seketika dan pastikan ada sedikit bau hangit.
Angkat dan taburkan dengan bijan dan masukkan dalam oven dengan suhu 180 - 200C selama 1 jam.



Wednesday, 3 October 2012

Cacha Lapis Keladi


Lapisan Bawah
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
300gm keladi yang telah direbus
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Pewarna puple

Cara Penyediaan
1.Ubi keladi diblender bersama susu cair, telur, tepung jagung, pewarna puple  dan sedikit garam hingga hancur.
2.Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
3.Apabila gula sudah hancur, masukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan  diangkat.
4.Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.
5. Nak jadikan berapa lapis tak kisah.Lakukan secara berselang seli(Kalau puding kita beku dalam periuk sebelum dituang ke lapisan seterusnya panaskan semula supaya cair.,

Lapisan Atas
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
2 cawan cacha yang telah direbus hingga lembut
Sedikit garam
Cara Penyediaan

1.Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
2.Masukkan cacha.
3.Kacau perlahan-lahan.
4.Masukkan susu cair dan sedikit garam.
5.Masak sampai mendidih. Matikan api.

Tuangkan ke dalam lapisan puding keladi tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.