Suku kilo daging (dipotong berbuku besar dan direbus, lertakkan juga pewarna merah dan sedikit garam..rebus sampai empuk)
3 ulas bawang putih(mayang nipis)
Sedikit halia(mayang nipis)
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos chili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub pati daging
1 labu bawang besar(potong besar)
Lada benggala(potong)
2 batang kacang panjang(potong 3 inci)
Gula dan garam
Air secukupnya
Potong nipis daging.
Tumis bawang bersama halia, sehingga naik wangi.
Masukkan cili giling, Kacau sehingga wangi.
Masukkan semua sos dan sedikit air.
Masukkan daging dan kiub daging.
Masukkan bahan perasa tadi.
Biarkan seketika di dalam kuali dan biar sampai lembut dan emput.
Masukkan bawang dan lada benggala.
Masukkan kacang. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.
translate
Friday, 12 July 2013
Butter Prawn/Udang Butter
Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam
Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin. Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan telur tadi di atasnya.

Wednesday, 10 July 2013
Kek Buah Kukus
Sumber: Chahaya Shiela
340gm gula pasir(buat gula hangus hingga cair keperangan)
50gm air
225gm mentega
400gm buahan kering campuran(resepi asal 500gm)
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh kulit kayu manis(resepi asal 1 sudu teh serbuk buah pala..tak ada kat dapur yang adanya serbuk kulit kayu manis aje..)
1 sudu teh vanila
3 biji telur
Goreng gula hingga cair keperangan(api perlahan)
Masukkan air dan seterusnya mentega. Biar mencair.
Masukkan buahan kering. Kacau hingga mendidih. Matikan api dan sejukkan
Ayak tepung gandum, soda, krim of tartar dan serbuk kulit kayu manis.
Masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau dengan senduk.
Pukul telur sehingga kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan. Masukkan juga vanila. Kacau sehingga sebati.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan ke dalam loyang(9x9 inci) yang telah dialas kertas kek.
Kukus selama 3 atau 4 jam. dengan api sederhana. Alas loyang dengan kertas aluminium bagi mengelak air menitik ke dalam kek.
Biarkan semalaman baru dipotong...

Monday, 8 July 2013
Puding Aiskrim
Oppppss abaikan lapisan merah di bawahnya..Ini gara-gara menuang lapisan merah sebelum lapisan kuning betul-betul beku..akibatnya ada yang turun sampai ke bawahnya.....Tapi tak apa yee ok bila tengok ada banyak berlapis...
Setengah tahil agar-agar
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan merahnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah
Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning telur(yang telah dipukul dengan garfu) dan susu cair dan pewarna kuning , masak ia hingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)
Apa bila lapisan atas kita dapati sudah beku..kita boleh mula memukul/memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi supaya ia pekat atau tidak jatuh bila diterbalikkan dan pastikan semasa mengasingkan antara putih dan merah jangan sekali-kali kuning/merah telur masuk dalam putih telur. Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak agar-agar dalam periuk yang kedua tadi(masa ni agar-agar tersebut didapati sudah beku) biarkan ia mencair semula.Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan kita kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih campuran agar-agar dengfan putih telur tadi. Tutup api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.
Sunday, 7 July 2013
Biskut Dahlia
Sumber dari CMG ..Dapur Tanpa Sempadan..Tq
300gm mentega
160gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila 240gm tepung gandum
100gm tepung jagung
160gm tepungf kastad
Adun mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan.
Jadikan doh yang lembut.
Masukkan ke dalam bekas/penerap biskut dahlia/semperit dan teraplah mengikut kesenian masing-masing ke dalam loyang pembakar.
Letak ceri yang telah di potong kecil ditengahnya.
Bakar dengan suhu 180C selama 25 minit.
Bila keluarkan dari ketuhar biarkan 2 atau 3 minit sebelum diletakkan atas redai besi.
Simpan dalam bekas tertutup bila dah sejuk.
PS jangan putar mentega dengan gula serta telur sampai kembang...kalau kak sekadar kacau dengan senduk sahaja sehingga semuanya sebati..

Friday, 5 July 2013
Tart Telur
Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila
1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C sehingga masak.(guna rak paling bawah)
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.
Inti Telur
3 biji telur
240 ml air
80gm gula
40ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Kacau rata semua bahan (telur dipukul dengan garfu) dalam periuk dan panaskan atas api hingga adunan menjadi pekat.
Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 15 minit dengan suhu 180C.
Untuk tutorial kulit tart sila
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/kulit-tart-step-by-step.html

Thursday, 4 July 2013
Tart Nanas
Sumber CMG dari Dapur tanpa Sempadan
230gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastad
50gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Kacau mentega dengan gula ising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.
Ayak tepung gandum dan kastad dan masukkan ke dalam bahan tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam penerap tart gulung dan tekan memanjang.
Letakkan inti nanas(bulatkan dengan ukuran yang sesuai)
Gulungkan dan potong lebihannya.
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur pewarna kuning.
Susun atas dulang yang telah di alas dengan kertas kertas kek.
Bakar dengan suhu 180C selama 25 - 30 minit.
Inti nanas(cara sendiri)
Sebiji nanas(kupas dan blender)
gula bergantung pada saiz nanas
Beberapa kuntum bunga cengkih
sedikit garam
Masak dan kacau sehingga kering dan berkilat.

Subscribe to:
Posts (Atom)