Oppppss abaikan lapisan merah di bawahnya..Ini gara-gara menuang lapisan merah sebelum lapisan kuning betul-betul beku..akibatnya ada yang turun sampai ke bawahnya.....Tapi tak apa yee ok bila tengok ada banyak berlapis...
Setengah tahil agar-agar
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan merahnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah
Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning telur(yang telah dipukul dengan garfu) dan susu cair dan pewarna kuning , masak ia hingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)
Apa bila lapisan atas kita dapati sudah beku..kita boleh mula memukul/memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi supaya ia pekat atau tidak jatuh bila diterbalikkan dan pastikan semasa mengasingkan antara putih dan merah jangan sekali-kali kuning/merah telur masuk dalam putih telur. Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak agar-agar dalam periuk yang kedua tadi(masa ni agar-agar tersebut didapati sudah beku) biarkan ia mencair semula.Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan kita kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih campuran agar-agar dengfan putih telur tadi. Tutup api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.
dessert yg laku time ramadhan ni..hihi
ReplyDeleteSalam kak yah..sedap ni klu dibuat berbuka puasa nanti :)
ReplyDeleteAssalamualaikum...sedap nampaknya bole cuba buat utk juadah berbuka puasa nnti...
ReplyDeletegula batu tu senang ke nak dapat yer..kt pasaraya ad jual x
ReplyDelete