Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam
Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin. Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan telur tadi di atasnya.
follower ke 596 kak yah.. :)
ReplyDeleteselamat berkenalan.. :) jemput singgah blog kalau lapang.. :)
saya pernah cuba buat udang butter camni.. tapi telur butter tu tak jadi camtu.. dia jadi seketul2 tu je.. cam telur hancur.. walaupun saya dah buat berkali2.. kenapa ye? jeles bila tengok kak yah buat cantek sangat.. lagi2 udang galah tu.. terliur tauuuuuu.
Buat tu dah ikut teknik dia ke?? cuba buat dan ikut teknik yang betul inshaa allah jadi nanti..
DeleteAssalamualaikum k.yah cantik telur akak tu nampak cam sarang burung....
ReplyDeletefulllamak...sedapnya...berangan nak buat...tapi belum terlaksana...KIV
ReplyDeleteCantiknya gambar, bertambahlah terliur menengoknya
ReplyDeletepenah buat sblum ni tp asal bab telur je confirm x jd..soggy, berminyak bulat2...x berjurai pun isk2:"(
ReplyDeleteSalam akak,
ReplyDeletedh cuba td tghari, tima kasih kak...sedap.cuma telur tu jd pendek2x ja.....kacau rakus sgt kot. Hehehe...
alhamdulillah jadi, cantik
ReplyDeletesalam kak, telur tu masa kacau guna api kecil kew besa?
ReplyDeleteGuna api sederhana..untuk pastikan tidak hangit..masa dia telah berbuih..tutupkan api dan tangan terus mengacau..lepas tu baru tapis..
DeleteGuna api sederhana..untuk pastikan tidak hangit..masa dia telah berbuih..tutupkan api dan tangan terus mengacau..lepas tu baru tapis..
Deleteakak biasa gunakan butter jenis apa yer??sebab tengok cantik jew
DeleteOoo memang telo tu kne tuang tinggi ye..xmerecik ke myk?takpun tuang kt bhgian tepi kuali. Nnt biar meleleh masuk dlm kuali..
ReplyDeleteOk dear..nak try nih.doakan smoga bjaya k.
Jom jln2 ke blog saya jom.
Ooo memang telo tu kne tuang tinggi ye..xmerecik ke myk?takpun tuang kt bhgian tepi kuali. Nnt biar meleleh masuk dlm kuali..
ReplyDeleteOk dear..nak try nih.doakan smoga bjaya k.
Jom jln2 ke blog saya jom.