translate

Wednesday, 10 July 2013

Kek Buah Kukus

 Sumber: Chahaya Shiela

340gm gula pasir(buat gula hangus hingga cair keperangan)
50gm air
225gm mentega
400gm buahan kering campuran(resepi asal 500gm)
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh kulit kayu manis(resepi asal 1 sudu teh serbuk buah pala..tak ada kat dapur yang adanya serbuk kulit kayu manis aje..)
1 sudu teh vanila
3 biji telur

Goreng gula hingga cair keperangan(api perlahan)
Masukkan air dan seterusnya mentega.  Biar mencair.
Masukkan buahan kering.  Kacau hingga mendidih.  Matikan api dan sejukkan
Ayak tepung gandum, soda, krim of tartar dan serbuk kulit kayu manis.
Masukkan ke dalam adunan tadi.  Kacau dengan senduk.
Pukul telur  sehingga kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan.  Masukkan juga vanila.  Kacau sehingga sebati.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan ke dalam loyang(9x9 inci) yang telah dialas kertas kek.
Kukus selama 3 atau 4 jam. dengan api sederhana.  Alas loyang dengan kertas aluminium bagi mengelak air menitik ke dalam kek.
Biarkan semalaman baru dipotong...

8 comments:

  1. Assalam sis..
    Terguda tgk kek buahnya..cantik..

    ReplyDelete
  2. Assalam sis..
    Terguda tgk kek buahnya..cantik..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak...
    wahhh..macam berjanji lak kita post kek yg sama...sedapp kan..makin lama makin moist

    ReplyDelete
  4. saya kurang faham..akak cakap Alas loyang dengan kertas aluminium bagi mengelak air menitik ke dalam kek..maksudnya..tutup terus atas permukaan kek dgn kertas tu sebelum kita kukus..

    ReplyDelete
  5. kita tutup loyang kita sebelum mengukus...dan bila masak pun kalu boleh jangan terus buka biarkan dia seketika dulu diluar baru buka aluminium tu...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tutup muka loyang kek dengan aluminium foil..kalu tak mahu kek kita masa meninggi atau bila kembang terlekat dengan aluminium..kita sapu dahulu aluminium foil bahagian bawahnya dengan butter or margerin..

      Delete