translate

Tuesday, 3 January 2012

Puding Tauhu





1/2 tahil (18.7gm) agar-agar kering
2 liter air
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
Laici dalam tin
Buah-buahan campuran dalam tin
Air gula

Cara-caranya
Masak agar-agar bersama air hingga hancur.  Apabila agar-agar sudah hancur  masukkan susu cair dan pekat kedalamnya(pastikan susu pekat dan cair disatukan dahulu dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam periuk agar-agar tersebut)  Kacau sehingga mendidih semula.  Tuangkan dalam bekas/mangkuk dan bekukan.

Kuahnya pula..
Satukan air laici dalam tin dan air gula(ikut kesukaan kemanisannya)

Cara makan....
Masukkan kuah air gula bercampur air laici ke dalam  Puding tauhu yang telah di taburkan buah laici dan buah-buah campuran dalam tin tadi.  Sudukan ke dalam gelas atau mangkuk kecil apabila nak memakannya. Lembutnya macam taufu lembut.....

Sunday, 1 January 2012

Puding Triffle












Puding Triffle
Kek Swiss Roll
80gm tepung kastad
250 ml susu cair
4 sudu besar gula
sedikit garam
700ml air
Setengah kotak kristal jelly
Hirisan buah peach
200ml air panas

Kek dipotong dalam ukuran setengan inci dan disusun rapat-rapat dalam bekas dan  tekan sedikit kek tersebut  supaya kemas di dasarnya.
Tepung kastad dibancuh dengan susu cair, air . gula dan sedikit garam dan dimasak menggunakan api yang perlahan.  Apabila sudah pekat dan sekali mengelegak bolehlah ditutup api dan dimasukkan dalam bekas kek tadi.  Letak potongan buah di atas lapisan kastad tadi. Bancuh kristal jelly dengan 200ml air mendidih dan dimasukkan dalam lapisan terakhir triffle kita.  Simpan dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong bila nak makan.

Laksa Penang




Laksa penang(Kuah)

6 ekor ikan Selayang yang agak besar(direbus dengan sedikit air bersama 7 - 10 keping asam keping dan garam..agak masin pun tak apa)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 sudu besar cili giling
5 biji cvili api
Segenggam daun kesum
Sekuntum bunga kantan
10 keping asam keping(gelugur)
3 sudu besar pes otak udang
Belacan bakar

Ikan yang telah direbus disejukkan terlebih dahulu.  Kemudian dibuang tulangnya(fangan dibuang..kita nak blender asing tulangnya) dan isi ikan itu diblender dengan air.  Seperti yang telah diberitahu tulang ikan juga turut diblender dan ditapis dan diambil airnya.
Bawang merah, putih, halia, cili padi  dan lengkuas diblender bersama dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk.  Campurkan bersama ikan yang diblender, air tulang yang ditapis,cili giling  belacan, pes otak udang, asam keping(asam dalam rebusan ikan pun jangan dibuang masukkan sekali ke dalam ini biar lebih banyak), serai yang telah diketuk, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong dan air(nampak ia cair pekat secukupnya dan air rebusan ikan pun boleh dimasukkan juga. Masukkan juga gula dan garam.  Masaklah sehingga mendidih dan nampak airnya menjadi agak jernih atau kita nampak lapisan atasnya naik minyak dengan lada giling tadi(berminyak)

Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api

Semua bahan diblender kecuali limau nipis. Perah limau nipis dalam bahan-bahan yang diblender tadi. Kalau nak sedap lagi masukkan pes otak udang dalam sambal kicap ini.

Ulam-ulaman

Bawang besar (dipotong bulat dan diramas-ramas)
Daun salad(dipotong kecil)
Timun(dipotong)
Cili merah(dipotong)
Taugeh
Telur rebus
nenas

Ikan Bakar dan Air Asam







Ikan Bakar
3 ekor ikan Kembung (apa-apa saja ikan)
Kuali Pembakar

Sapu sedikit minyak pada pan pembakar dan bakarlah ikan tersebut sehingga masak(untuk lebih sedap balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang)

Air Asam
1 biji tomato
1 labu baeang besar
2 biji limau nipis(kalau yang kurang air kena lebihlah sikit)
3 sudu besar asam jawa (masukkan air dan buatlah air asam jawa..pastikan guna air masak)
Sedikit belacan
4 biji cili api
Gula dan sedikit garam

Bawang besar dan tomato dipotong dadu.
cili api dipotong kecil=kecil.
Campurkan bahan diatas dengan air asam jawa, perahan limau nipis, belacan(yang sudah dibakar) gula dan garam.

Kek Keju Kapas





Bahan A
250gm krim keju(Pilar)
50gm mentega
80gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80gm tepung kek
5 biji kuning telur(gredA)
80gm susu segar

Bahan B
80gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar
blueberry filling(kalau nak letak kat atas..tak mahu pun tak kisah)

Cara
Griskan acuan dan alas dengan kertas minyak.
Bahan A. Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.  Masukkan kuning telur dan jus lemon.  Pukul sebati
Masukkan tepung kek dan susu segar berselang seli sambil digaul sebati.

Bahan B.  Dalam bekas lain satukan putih telur, gula kastor dan krim of tartar.  Pukul sampai kembang dan kental selama 7 minit.

Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan bahan A dan digaul perlahan-lahan.  Gaul sampai sebati.
Masukkan ke dalam bekas adunan dan bakarlah selama 1 jam dengan suhu 180C. (30 minit pertama guna api bawah dan 30 minit seterusnya api atas dan bawah.
Nota..kek ini amat mudah disediakan dan tidak perlu bakar secara steam-bake seperti kebanyakan kek keju yang lain.

Saturday, 31 December 2011

Cucur/kuih Topi



Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air
1 biji telur

Caranya
Semua bahan dimasukkan dalam blender dan diblender hingga sebati semuanya.  Simpan semalaman atau kalau nak cepat simpan 4 jam pun dah okey.  Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak juga ke dalam kuali. Bila minyak panas sendukkan adunan kita ke dalam kuali tersebut dan adunan tersebut akan mengelembung seperti topi dan balikkan untuk pastikan masak kedua-dua lapisan atas dan bawah.

Fooyong




Fooyong

3 biji telur
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1/2 biji lada benggala
1 biji tomato
2 keping cendawan hitam
6 ekor udang
Sedikit daun sup dan bawang
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Lada sulah

Caranya
Udang dibuang kulit dan dipotong kecil
Bawang besar dipotong dadu, begitu juga tomato.
Cendawan dihiris memanjang dan daun sup dan bawang dicincang kasar.
Bawang putih dimayang nipis dan ditiumis dengan minyak. Kemudian masukkan cendawan tadi. kemudian bawang besar, udang lada dan daun- bawang dan sup. Kemudian masukkan sos tiram.
Telur dipukul dengan garfu dan dimasukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam  dan dimasukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Biarkan seketika.  Apabila nampak hampir masak dibalikkan dan biarlah dia sedikit hancur.. Biarkan sehingga masak.