translate
Sunday, 1 January 2012
Kek Keju Kapas
Bahan A
250gm krim keju(Pilar)
50gm mentega
80gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80gm tepung kek
5 biji kuning telur(gredA)
80gm susu segar
Bahan B
80gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar
blueberry filling(kalau nak letak kat atas..tak mahu pun tak kisah)
Cara
Griskan acuan dan alas dengan kertas minyak.
Bahan A. Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Pukul sebati
Masukkan tepung kek dan susu segar berselang seli sambil digaul sebati.
Bahan B. Dalam bekas lain satukan putih telur, gula kastor dan krim of tartar. Pukul sampai kembang dan kental selama 7 minit.
Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan bahan A dan digaul perlahan-lahan. Gaul sampai sebati.
Masukkan ke dalam bekas adunan dan bakarlah selama 1 jam dengan suhu 180C. (30 minit pertama guna api bawah dan 30 minit seterusnya api atas dan bawah.
Nota..kek ini amat mudah disediakan dan tidak perlu bakar secara steam-bake seperti kebanyakan kek keju yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedap nya cake , looks so moist. Salam kenal dari Melly,follower no.25
ReplyDeleteTerima kasih. Kek keju kapas senang dibuat dan rasanya juga sedap.
ReplyDelete