Friday, 11 January 2013

Krim Puff dan Prosesnya

Cairkan mentega bersama air dan masukkan tepung gandum.  Kacau sehingga adunan berminyak dan tidak melekat di periuk. ( guna api sederhana dan lebih kurang 10 minit).  Angkat dan sejukkan.

Masukkan telur dan vanilla ke dalam adunan

Putar adunan dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan sebati

Masukkan adunan ke dalam paping beg yang telah dimasukkan nozel untuk bunga krim puff dan paip ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan di alas dengan kertas kek.  Bakar dengan suhu 200C selama 30 minit.
Untuk intinya...(rujuk resepi dan caranya
Tak perlu belah kulit..sekadar cucuk inti ke dalam kulit krim puff(guna nozel yang muncungnya lebih kecil..jangan terlalu kecil, nanti susah nak keluar..)

Kulit Krim Puff
300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...Masukkan krim kedalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.

Cream
400ml susu segar..kalau nak guna susu cair pun okey..tapi susu segar lebih sedapppp.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.


Inilah hasilnya..walaupun tak la cantik sangat tapi bolehlah untuk makan bersama keluarga....Selamat mencuba!!!!!!

5 comments:

  1. Salam kak yah..cam mudah jer k.Yah buat step by step tp sy tak juga trbuat2..hihi.
    Terima kasih atas poengkongsiaan ini..InshaaAllah,nanti nk cuba gak.

    ReplyDelete
  2. Bnyk2 kuih, krim puff la yg paling kakpb takut nk buat. Ntah knpa tak yakin. Tp tgk pd kakyah punya cara tu, mcm yakin boleh buat. Tq ye kongsi disini.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kak yah dah ajar a sampai z. Mesti jadi cream puff ini kalau buat ikut step yang kak yah ajar. Tk kerna sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  4. Salam. Kak yah dah ajar a sampai z. Mesti jadi cream puff ini kalau buat ikut step yang kak yah ajar. Tk kerna sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  5. Dulu2 kami x pakai nozzle cuma guna sudu kecil dan pusing2 kan skrg senang lagi. Timer kasih

    ReplyDelete