Bahan-bahannya
180gm mentega dicairkan
4 biji telur
270gm gula perang
2 sudu teh vanila
1 sudu teh garam
180gm tepung naik sendiri
100gm serbuk koko
1 cawan susu cair
40gm valnut dicincang
30gm serbuk badam
3 biji pisang masak dilenyek
100gm coklat chip
Ayak tepung, garam dan serbuk koko.
Pukul telur dengan gula perang sehingga kembang. Kemudian masukkan mentega dan pisang. Masukkan juga serbuk badam dan valnut, putar dengan kelajuan sederhana.. Masukkan susu, esen dan juga campuran tepung tadi. Pukul kelajuan sederhana sehingga sebati. Akhir sekali masukkan coklat chip, kacau biar sebati.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Alas loyang dengan kertas kek yang telah disapu margerin. Masukkan adunan dan bakar selama 50 minit ke 1 jam atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment