translate

Friday 17 May 2013

Kek Marble



1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder.
1 cawan gula kastor
250gm mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)

Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan perlahan.  Biar semuanya sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,  Satu biarkan plain(lebih banyak)dan satu lagi campurkan dengan bancuhan koko tadi(semangkuk sahaja).  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

5 comments:

  1. Senang je bahannya ya..kek pun nmpk lembut je...

    ReplyDelete
  2. salam kak yah..

    sya suka dengan marble kek..suka buat dan makan..hihi..

    ReplyDelete
  3. macam senang je resepi ni
    nak cuba la nnt
    thanks ye kak yah :)

    ReplyDelete
  4. salam kak, kalau oven ada api bawah atau atas sahaja possible tak nak buat elok cantik macam ni?

    ReplyDelete