5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor
Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)
5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan baking powder diayak bersama)
Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang. kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)
P/s..yang ni kak bakar dalam remekin suhunya sama cuma masa bakar lebihkan dan menjadi 25 minit.
Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.
Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.
Salam kak yah...sedapnya klu dimkn ptg2 yg redup cam skrg :D
ReplyDelete