3 ekor ketam dibersihkan dan dipotong 2
4 biji telur masin(direbus dan diambil kuningnya dan sebiji putihnya)
4 ulas bawang putih(mayang)
3 biji cili padi(potong kecil)..ini boleh ditambah ikut citarasa
Setangkai daun kari
2 sudu besar margerin
3 sudu besar susu cair
Sedikit bahan perasa
2 sudu besar tepung jagung
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Lada sulah
Kuning telur dan sebiji putih telur asin diramas biar berketul.
Lumurkan ketam dengan lada sulah dan tepung jagung.
Goreng dalam minyak banyak sehingga kekuningan dan masak. Ketepikan.
Panaskan margerin dalam kuali dan bila ianya mencair tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Masukkan susu cair.
Bila nampak berbuih masukkan telur tadi dan kacau sekejap.
Masukkan ketam dan digaul biar sedikit kering.
Masukkan bahan perasa dan bolehlah diangkat.
assalamualaikum kak yah..
ReplyDeletenani penah buat sotong + udang.. ketam lom penah cuba.. thanks kongsi.. boleh try nanti.. nampak sangat lah sedap.. kan..
mmg sedap...biasa buat ayam dan sotong,anak2 tak suka ketam....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete