Sumber Resepi ChaHaya Shiela
A- 3 sudu besar gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek - goreng gula hingga hangus dan diangkat)..untuk hanguskan gula kyah tak salin resepi dari tuan punya resepi.
3 biji kuning telur
2 biji telur
60gm gula kastor1 tin susu cair
1 sudu kecil kastad
1 sudu teh esen vanila
Campurkan semua bahan kecuali gula hangus. Putar kelajuan perlahan sahaja/sekejap.
Biarkan seketika.(buat adunan kek selepas ini)
B - 3 biji kuning telur
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powderi
60 gm gula kastor
45 gm minyak jagung
135gm susu cair
1 sudu teh vanilla
Pukul kuning telur, minyak dan susu sampai gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
Ayak tepung dengan baking powder sebanyak 2 kali.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan lakukan proses kaup dan balik..
C - 6 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh krim of tartarBahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.
Campurkan bahan C ke dalam bahan B.
Gaul dengan teknik tadi.
Bahagikan adunan kepada 3 warna yang berlainan sama banyak.
Tapiskan bahan puding ke dalam loyang gula hangus.(karamel tak perlu dibakar)
Tuang adunan(setiap warna) sebanyak 1/4 daripada setiap adunan tersebut.(tuangnya ditengah loyang, diikuti warna yang lain di atasnya dan warna yang terakhir pun sama)
Untuk pusingan yang kedia pula, sudukan adunan sebanyak 3 sudu besar bagi setiap adunan berwarna tadi(selang seli warna spt kedudukan warna tadi)
Untuk yang seterusnya sudukan setiap warna sebanyak 2 sudu besar pulak(prosesnya sama)
Untuk seterusnya sudukan 1 sudu besar dan sehingga habis.
Bakar dengan cara steam bake) selama 1 jam atau sehingga masak dengan suhu 170C atau kepanasan oven masing-masing..
Apabila sudah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek seketika di dalamnya.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.Sedap dimakan sejuk.
Untuk kaedah steam bake, gunakan air panas terlebih dahulu.
P/s..kek kyah kurang cantik kerana loyang yang kyah guna agak besar. Kyah buat untuk makan2 tak kisah lah yeee...
Salam Kak Yah, saya baru google dan terjumpa blog puan.
ReplyDeleteDi sini saya ingin menjemput puan utk sertai Projek Dapur, sebuah mobile app utk resipi blogger. Insha Allah extra trafik ke blog puan.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.projek.dapur
Jika kak yah berminat utk mendapatkan trafik dr mobile phone, saya rasa ini adalah satu kaedah yg bagus utk puan cuba. Jika puan berminat boleh email projekdapur@gmail.com
Terima kasih kak yah