translate

Friday, 9 March 2012

Dori Goreng Tempura

Ikan Dori(boleh beli kat pasaraya seperti Mydin atau Tesco atau mana-mana tempat yang ada jual ikan dori ini...)
seulas bawang putih
sedikit garam
tepung tempura
putih telur
lada sulah

Ikan dori dibiarkan cair dan dibasuh dengan cuka dan dibersihkan
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan sedikit garam dan dilumur pada ikan dori tersebut.
lumurkan juga dengan sedikit lada sulah.
Tepung tempura dicampur dengan putih telur dan sedikit lada sulah dan dicampur dengan air..jangan cair atau juga pekat sangat.
Masukkan ikan dori dan celup seperti buat pisang goreng dan digoreng dalam minyak yang panas.
Angkat bila kekuningan.

untuk sosnya
Setengah labu bawang besar (dipotong dadu)
Setengah biji tomato (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (ambil airnya)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sambal belacan..kalau tiada... cili api dipotong bulat kecil2
sedikit air masak
gula dan garam

Campur kesemua bahan untuk sos dan rasalah masam, manis dan masinnya.

Wednesday, 7 March 2012

Bihun Goreng



Setengah bungkus bihun
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
2 sudu sos tiram
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sekeping tauhu (dipotong )
2 keping fish cake(dipotong)
beberapa ekor udang
1 biji cili merah (dipotong kecil)
Sebiji buah tomato(dibelah 4)
Sebiji telur
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit sayur sawi
Sedikit cuka
Lada sulah
Gula dan sedikit garam
Minyak dan air

Behun direndam dan biarkan ia lembut sebelum boleh digoreng.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi bersama cili api yang telah dipotong kecil.
Masukkan sedikit (dua tiga titik aja) cuka.  Biarkan naik bau.
masukkan cili giling dan biar naik bau.
Pecahkan telur dan kacau(masa ni ketepikan sedikit bawang yang ditumis tadi sebab kita tak mahu ia bercampur dengan telur tersebut)  apabila telur nampak berketul-ketul masaknya kacau sekali dengan bawang tadi,
masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau seketika.
Masukkan secawan air dan masukkan gula dan garam.
Masukkan udang, tauhu dan fish cake dan masukkan juga lada sulah.  Kacau biar sehingga hampir mendidih.
Masukkan sayur, cili merah dan juga bihun.
Kacaulah sehingga bihun masak dan airnya sudah kering
Kacau  dan masukkan juga bawang goreng.
Biarkan semuanya sebati dan bolehlah diangkat.

Tuesday, 6 March 2012

Nasi Minyak

3 cawan beras
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
setangkai daun kari
3 sudu besar vanaspati atau margerin(kalau nak campur dengan minyak sapi pun okey)
kissmis
Gula dan garam
1 cawan susu cair
2 cawan air atau lebihkan 1/2 cawan kalau beras siam

Blender bawang merah, putih dan halia.
Tumis menggunakan margerin vanaspati bahan blender tadi.
Bila naik wangi masukkan daun kari dan daun pandan.
Masukkan juga kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan juga beras yang telah dibersihkan dan telah ditoskan.  goreng dan kacau seketika.
Angkat dan masukkan dalam periuk elektrik dan masukkan susu cair, air , gula dan garam.
Bila masak taburlah kismis.

Sedap di makan bersama ayam chetti, dalca campur. kari daging dean acar.

Sunday, 4 March 2012

Dorayaki



100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
60 gm gula kastor
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Ayak tepung dengan soda bikabonat.
Putar telur bersama gula hingga kembang.
Kemudian masukkan minyak masak, madu dan esen vanila, kacau dengan senduk.
Kemudian masukkan tepung tadi.Kacau lagi.


Panaskan kuali tanpa minyak..sapukan sedikit minyak dan guna senduk kecil sendukkan kuih kita kecil-kecil.  Bila masak terbalikkan dan biarlah bahagian bawahnya masak juga.
Boleh dimakan begitu saja atau sapu dengan jem, madu atau letak inti kacang merah.

Saturday, 3 March 2012

Ayam Chetti


7 ketul ayam yang siap dipotong dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar rempah kari chetti atau jika tiada guna rempah kerutuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Setangkai daun kari
gula dan garam
Air

Ayam yam telah diperap digoreng hingga masak dan ketepikan
Blender bawang merah, putih dan halia.
Tumis bahan blender.  Bila naik maik minyak masukkan daun kari dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
kemudian masukkan rempah kari chetti
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
Tambah air supaya tidak terlalu pekat.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Rasalah masin dan manisnya.

Friday, 2 March 2012

Salad telur

4 biji telur rebus..dibelah ikut suka hati
2 biji tomato
Hirisan timun
Daun salad

untuk sosnya
Setengah labu bawang besar (dipotong dadu)
Setengah biji tomato (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (ambil airnya)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sambal belacan..kalau tiada... cili api dipotong bulat kecil2
sedikit air masak
gula dan garam

Campur kesemua bahan untuk sos dan rasalah masam, manis dan masinnya.

Thursday, 1 March 2012

Nasi Komok

3 cawan beras
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada hitam (yang biji)
3 biji tomato
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
7 ketul ayam
Air..bila dicampur dengan bahan tumis kecuali ayam sebanyak 3 cawan (kalau beras siam lebihkan 1/2 atau 1 cawan)
Minyak untuk menumis


Caranya
Bawang merah, putih,halia dan tomato diblender.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi dan masukkan juga serbuk jintan manis, putih, kulit kayu manis, bunga lawang ,buah pelaga, dan lada hitam tadi.
Masukkan juga daun pandan.  Bila naik bau masukkan ayam, gula dan garam.  Kacau seketika dan kelihatan ayam hampir masak bolehlah matikan api gas kita.
(pastikan ayam kita ada rasa manis dan masinnya)
Basuh beras dan ditoskan.  Masukkan dalam periuk nasi dan masukkan bahan tumis tadi bersama dengan ayam tadi.  Pastikan kita sukat bahan tumis(kecuali ayam) bercampur air sebanyak mana sukatan beras...kalau bveras siam lebihkan 1 cawan.

Untuk hidangan bolehlah dimakan dengan sup ayam dan sambal lada seperti nasi ayam dan juga daun salad , tomato dan timun,