translate

Monday, 9 April 2012

Bawal Masak Cuka

Seekor ikan bawal dibersihkan dan diperap bersama bawang putih, halia, kunyit dan garam yang telah ditumbuk dan selepas itu digoreng setengah masak.
4 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1/4 cawan cuka makan
1 cawan santan
2 sudu makan gula
sedikit garam..bergantung.

Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis sehingga naik baunya.
Masukkan serai yang telah diketuk
Masukkan santan dan cuka dan gula..pastikan ada sedikit manis untuk menghilang rasa masam cuka.
Masak sehingga nampak sedikit pekat dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Rasalah manis. macam dan pastikan kurang  masin.
pastikan kuahnya pekat barulah dimatikan api dapur kita.

Sunday, 8 April 2012

Kuzi Kambing






Sekilo daging kambing..diperap dengan campuran bawang putih, kunyit dan garam.
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci halia
2 sudu besar rempah kuzi
1/2 sudu teh zaferan
2 sudu besar tomato pure
1/2 tin susu cair
3 sudu besar susu manis
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
sehelai daun pandan
43 sudu besar bawang goreng yang dijual kat kedai
2 sudu besar kismis
2 biji kentang
2 sudu besar biji gajius
Air secukupnya
Minyak  untuk menggoreng

Daging yang telah diperap digoreng hingga masak.
potong nipis bawang besar dan digoreng sehingga garing. dan diblender dengan sedikit air
kentang dibuang kulit dan dibelah 4 dan digoreng hingga masak
Buah kismis digoreng sekejap
Dengan menggunakan lebihan minyak menggoreng (guna mengikut kesesuaian), tumis rempah kasar bersama bawang merah, putih dan halia yang telah dimayang dan dipotong nipis.
Rempah kuzi dicampur dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam bahan yang sedang ditumis tadi, biar sampai naik baunya.
masukkan juga tomato pure, bawang besar goreng yang telah diblender tadi., bawang goreng  daun pandan dan zaferan.
Masukkan daging kambing dan dikacau-kacau.(pastikan jangan kering)
Apabila daging empuk masukkan susu cair, susu manis, ubi kentang, kismis dan gajus.Rasalah masin dan manisnya.(.rasa masin hanya sedikit sahaja.)
Masak hingga masak dan pekat.

Saturday, 7 April 2012

Chiffon Pulut Hitam



7 biji kuning telur
75gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
50gm tepung gandum
100gm tepung pulut hitam
1 sudu teh beking powder
150ml santan pekat
3 sudu besar minyak sayur
7 biji putih telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh krim of tartar
125gm gula pasir

Didihkan santan dan biarkan sejuk
Pukul kuning telur bersama gula dan esen vanila hingga kembang.
Ayak tepung gandum,tepung pulut hitam dan beking powder.
Masukkan tepung yang telah diayak, santan dan minyak sayur.Pukul sampai sebati.
Pukul putih telur bersama garam dan krim of tartar sampai beku dan masukkan sedikit demi sedikit gula pasir sambil memukul dan biar kesemuanya pekat dan beku.
Masukkan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan di adun sehingga rata.
Tuang dalam loyang kek chiffon yang tealah dialas kertas kek dan bakar sehingga 1 jam dengan suhu 180C.

Wednesday, 4 April 2012

Kek Coklat Bersama Badam

Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1/2 cawan badam hancur
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur

blender telur bersama minyak,susu cair,dan gula hingga sebati.
Ayak tepung bersama serbuk koko, soda bicarbonat dan beking powder.
Masukkan dalam blender tadi dan masukkan juga esen vanila.Blender biar semuanya sebati.
Akhir sekali masukkan air panas yang mendidih.Blender biar sebati.
Masukkan badam hancur dan dikacau sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas minyak.
masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 50 minit dengan suhu 180 C.

Tuesday, 3 April 2012

Bawal Masak Merah


seekor ikan bawal..dibersihkan dan dicuci dengan asam jawa dan dibersihkan sekali lagi dean kemudian diperap dengan sedikit bawang putih ,kunyit dan garam yang telah ditumbuk dan dicampur sedit cuka.
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit potongan timun
sedikit potongan carrot
2 sudu besaar sayur campur
Selabu bawang besar
beberapa biji cili api
Sebiji tomato
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Tumis bahan blender tadi dan apabila naik bau masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul masak cili giliing tersebut.  Selepas itu barulah masukkan sos-sos kita tadi.  Masukkan sedikit air.  masukkan timun, carrot dan bawang besar yang telah dipotong agak besar sedikit.  Masukkan juga cili api sebiji-sebiji.  Tambah gula dan garam.  Masukkan sayur campur dan tomato yang telah dibelah empat.  Apabila kita lihat bahan tumis kita kelihatan berkilat dan betul-betul masak, bolehlah dimasukkan ikan bawal yang telah digoreng terlebih dahulu...Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.

Monday, 2 April 2012

Roti Paung Mixfruit



500gm tepung roti(high protein)
220ml air suam
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2  sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
3 sudu besar ceri merah cincang
3 sudu besar ceri hijau cincang
2 sudu besar kismis
2 sudu besar badam cincang
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan masukkan adunan ke dalam bekas roti paung yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar)
5. Panaskan oven 180 - 200C dan bakar selama 25 - 30  minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

Sunday, 1 April 2012

puyuh Goreng

Beberapa ekor burung puyuh..dibersihkan
2 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Kunyit
sedikit cuka
Garam

Tumbuk bahan diatas dan perap  puyuh seketika  dan goreng sehingga kekuningan.