translate

Tuesday 3 April 2012

Bawal Masak Merah


seekor ikan bawal..dibersihkan dan dicuci dengan asam jawa dan dibersihkan sekali lagi dean kemudian diperap dengan sedikit bawang putih ,kunyit dan garam yang telah ditumbuk dan dicampur sedit cuka.
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit potongan timun
sedikit potongan carrot
2 sudu besaar sayur campur
Selabu bawang besar
beberapa biji cili api
Sebiji tomato
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Tumis bahan blender tadi dan apabila naik bau masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul masak cili giliing tersebut.  Selepas itu barulah masukkan sos-sos kita tadi.  Masukkan sedikit air.  masukkan timun, carrot dan bawang besar yang telah dipotong agak besar sedikit.  Masukkan juga cili api sebiji-sebiji.  Tambah gula dan garam.  Masukkan sayur campur dan tomato yang telah dibelah empat.  Apabila kita lihat bahan tumis kita kelihatan berkilat dan betul-betul masak, bolehlah dimasukkan ikan bawal yang telah digoreng terlebih dahulu...Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment