translate
Sunday, 8 April 2012
Kuzi Kambing
Sekilo daging kambing..diperap dengan campuran bawang putih, kunyit dan garam.
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci halia
2 sudu besar rempah kuzi
1/2 sudu teh zaferan
2 sudu besar tomato pure
1/2 tin susu cair
3 sudu besar susu manis
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
sehelai daun pandan
43 sudu besar bawang goreng yang dijual kat kedai
2 sudu besar kismis
2 biji kentang
2 sudu besar biji gajius
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daging yang telah diperap digoreng hingga masak.
potong nipis bawang besar dan digoreng sehingga garing. dan diblender dengan sedikit air
kentang dibuang kulit dan dibelah 4 dan digoreng hingga masak
Buah kismis digoreng sekejap
Dengan menggunakan lebihan minyak menggoreng (guna mengikut kesesuaian), tumis rempah kasar bersama bawang merah, putih dan halia yang telah dimayang dan dipotong nipis.
Rempah kuzi dicampur dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam bahan yang sedang ditumis tadi, biar sampai naik baunya.
masukkan juga tomato pure, bawang besar goreng yang telah diblender tadi., bawang goreng daun pandan dan zaferan.
Masukkan daging kambing dan dikacau-kacau.(pastikan jangan kering)
Apabila daging empuk masukkan susu cair, susu manis, ubi kentang, kismis dan gajus.Rasalah masin dan manisnya.(.rasa masin hanya sedikit sahaja.)
Masak hingga masak dan pekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rajinnya Kak Yah 'sembelih' kambing..sedapnye..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemana nak beli rempah kuzi
ReplyDelete43.... sudu besar bawang goreng yang dijual kat kedai
ReplyDelete