translate

Saturday, 15 December 2012

Roti Pandan Kelapa

500gm tepung roti(high protein)
240ml air daun pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
4 sudu besar shortening(lemak sayur)
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Inti Kelapa
Kelapa parut dimasak dengan gula, daun pandan, beberapa kuntum bunga cengkih dan dimasukkan sedikit pewarna hijau.  Masukkan juga sedikit air.  Masak seperti hendak membuat inti ketayap.

Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik raping selama 40 minit(kalau kak letak di atas peti air..dia ada wap-wap panas).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan masukkan dalam kertas kek mangkuk.  Biarkan seketika selama 20 minit.  Semasa nak membakarnya masukkan ke dalam bekas/loyang kek mangkuk/petitin..
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan kelapa kering.  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.  Bila dikeluarkan dari oven, sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....Walaupun uli tangan kelembutannya tetap sama...

P/s..Roti ni kak buat secara uli tangan saja....BMku yang terkena petir dulu tak hantar kedai lagi..bila la...huhuhuhu....

Friday, 14 December 2012

Sawi Goreng

2 ulas bawang putih(ketuk hancur)
Beberapa ekor udang segar(kupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Seketul hati dan pedal ayam(dipotong kecil)
Sedikit kunyit serbuk
Beberapa titik cuka
Sedikit garam
Semua bahan diperap seketika.

Setengah labu bawang besar(potong bulat nipis)
Beberapa tangkai sawi(potong)
Sebiji tomato(belah 4)
Sebiji lada merah/hijau(potong nipis)
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis.

Panaskan minyak dan tumis bahan perap hingga masak(goreng hati dan pedal dahulu bila hampir masak baru masukkan udang).  Masukkan bawang besar dan lada merah.  Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan bahan perasa.  Angkat dan boleh dihidangkan.

P/s..kalau nak perap berasingan antara hati, pedal ayam dengan udang pun boleh juga..


Wednesday, 12 December 2012

Apple Pie

Sumber: Buku Masakan Barat

250gm tepung gandum
110 gm mentega
70gm gula kastor
Sebiji telur

Campurkan tepung bersama gula dan mentega.  Gaul dan jadikan serbuk roti(berderai)
Masukkan telur(pukul dahulu dengan garfu) dan uli menjadi doh yang lembut
Canaikan adunan menjadi rata dan sama ketebalannya.
Masukkan inti pai, gulung  dan kemaskan.
Sapu permukaan pai dengan telur yang telah pukul dengan garfu.
Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180C

Inti Pai

6 biji buah epal(kepas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis(opsyen)
30gm valnut(cincang(opsyen)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis, kismis dan valnut.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Kacau seketika sehingga pekat.

Tuesday, 11 December 2012

Brown Velvet Cheesecake

Bahan Kek 
2 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1/2 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna hijau dan campuran baking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble bagi dilakar di atas lapisan keju...Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Monday, 10 December 2012

Kek Mangkuk Yogurt Coklat

Sumber resepi dari buku kek-kek mangkuk
Menghasilkan 10 biji kek mangkuk

Bahan-bahannya
125gm tepung gandum
1/4sudu teh baking powder
1/4sudu teh soda bikarbonate
110gm gula kastor
2 biji telur
60gm mentega
60gm coklat6 masakan(dicairkan)
75gm yogurt biasa
35ml susu pekat
Secubit garam
1 sudu teh vanila

Krim coklat
100gm coklat masakan
25gm mentega
2 sudu besar krim putar

Caranya
Ayak tepung dengan baking powder dan soda bikarbonate.
Pukul/putar mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.  Selang seli dengan telur, pukul biar rata.  Masukkan tepung.  Kaup dan balik adunan tersebut  Masukkan juga garam.
Satukan togurt, susu dan esen vanilla.  Satukan ke dalam adunan kek.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.  Isikan adunan ke dalam bekas cupcake separas 2/3 penuh dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Sementara itu, cairkan coklat dan  mentega secara double boil.  Apabila sejuk masukkan krim putar.  Sapukan pada permukaan kek mangkuk kita tadi.

P/s..terdapat sedikit pengubahsuaian pada resepi asal kek ini...


Sunday, 9 December 2012

Puff Apple

Sumber inti Puff daripada Buku Masakan Barat
Inti Puff
6 biji buah epal(kepas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis(opsyen)
30gm valnut(cincang(opsyen)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis, kismis dan valnut.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Kacau seketika sehingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

Kulit puff
Air paip
Sebiji telur(pukul dengan garfu)

Letakkan inti  atas kulit puff, sapu sekelilingnya dengan air dan lipat secara segitiga.  Kemaskan dengan cara menekan menggunakan hujung garfu.  Alas loyang dengan kertas kek.  Sapu telur pada atas kulitnya dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

Saturday, 8 December 2012

Lapis warna Warni

5 cawan santan(1 1/2 cawan santan pekat dicampur dengan air bagi menjadikan 5 cawan santan)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Perisa keladi
Pewarna makanan
Sedikit garam

Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur.  Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan.  Masukkan juga garam dan perisa keladi.
Bahagikan adunan kepada 5 bekas yang berasingan dan masukkan pewarna merah, kuning, hijau, biru dan puple dalam bekas/mangkuk tersebut.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiap adunan berwarna selama 5 atau 7 minit(satu adunan dapat buat dua lapis).  Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan boleh dikeluarkan kuih tersebut dari loyang,