translate

Sunday, 9 December 2012

Puff Apple

Sumber inti Puff daripada Buku Masakan Barat
Inti Puff
6 biji buah epal(kepas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis(opsyen)
30gm valnut(cincang(opsyen)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis, kismis dan valnut.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Kacau seketika sehingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

Kulit puff
Air paip
Sebiji telur(pukul dengan garfu)

Letakkan inti  atas kulit puff, sapu sekelilingnya dengan air dan lipat secara segitiga.  Kemaskan dengan cara menekan menggunakan hujung garfu.  Alas loyang dengan kertas kek.  Sapu telur pada atas kulitnya dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

2 comments:

  1. kulit puff camner nk buat?

    ReplyDelete
  2. kulit ni kak beli yang ready made kat kedai..banyak jual kat pasaraya..kalau nak buat leceh dan mengambil masa yang lama juga..lebih jimat beli yang siap macam ni..jenama kawan memang bagus..

    ReplyDelete