translate

Sunday, 17 November 2013

Serimuka

400ml santan cair(biar santan melepasi pulut sedikit sahaja semasa memasak)
3 cawan beras pulut
Sedikit garam

Loyang dialas dengan plastik dan disapu sedikit minyak.
Masak pulut bersama santan dan garam dalam periuk nasi sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang tadi dan tekan sedikit supaya lebih mampat.

Lapsan atas
10 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
4 biji telur
Pewarna hijau

Blender daun pandan bersama air dan dtapis airnya.
Masukkan air daun pandan tadi kedalam blender bersama tepung gandum, tepung jagung, telur,santan, gula, pewarna hijau dan sedikit garam.  Blender sehingga hancur dan sebati kesemuanya. Masukkan ke dalam pulut dan kukus selama 45 minit.  Angkat dan sejukkan.

Friday, 15 November 2013

Roti Canai


Bahan-bahannya
530gm tepung gandum
250ml air
3 sudu besar susu pekat
Sebiji telur
1 sudu kecil margerin
1/2 sudu teh garam

Bahan Sapuan dan rendaman
Minyak sapi
Minyak masak

Masukkan semua bahan dalam bekar pengadun dan uli sehingga menjadi adunan.  
Kalau terkeras masukkan sedikit(sikit aje) atau kalau terlembik masukkan sedikit tepung gandum
Kakyah yang ini hanya masukkan ke dalam food processor
Bila sudah menjadi seketul adunan, keluarkan dan bulatkan menjadi ketulan yang kecil.
Sapu dengan minyak sapi dan rendam dengan minyak masak
Biarkan beberapa jam
Lakukan proses seperti gambar di bawah
  
Bulatkan adunan menjadi bulatan kecil..kalau sama besar dapatlah sekitar 12 biji(kakyah punya ada macam-macam saiz..hehehehe)
sapu setiap satunya dengan minyak sapi dan rendamkan ia dengan minyak.
Biarkan selama 2 - 3 am(kalau buat malam boleh juga semalaman)

Ambil sebiji dan tekan pada permukaan yang rata(pastikan bersih..hehehe) dan tebarkan ia(kalau pandai laaa, tapi kakyah sekadar tarik sehingga menjadi nipis..dan pastikan tidak terkoyak..
Kalau nak buat roti sardin/telur sampai ke peringkat ini terus masukkan inti, lipat ia dan terus goreng.
Pegang dibahagian tepinya dan angkat meninggi dan lengkarkan seperti gambar di atas..
Letak sedikit minyak. Biarkan seketika.
Tekan dengan tapak tangan supaya menjadi seperti di dalam gambar ini..

Goreng dengan sedikit margerin/minyak sehingga sedikit garing..(kakyah punya ni goreng sedikit sahaja sebab kita nak buat roti canai segera..nak makan lain hari)


Untuk kuah roti canai boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/01/kuah-dhal-cara-kakyah.html

Wednesday, 13 November 2013

Cupcake Coklat


Sumber untuk resepi kek coklat dari Rozilah Abdullah..Sorry kak buat versi bakar pulak...


Bahannya(kek coklat)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Semua bahan diayak.

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sb susu  tepung
Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih pastikan jangan hangit..guna whisk/pemukul telur.  Ketepikan.

2 biji telur
1 sk esen vanila

50ml air panas

Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak.  Kacau sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sekejap.
Masukkan air panas.  Kacau sebati.
Masukkan kertas cupcake ke dalam petitin dan tuang adunan 3/4 daripadanya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20minit dengan suhu 180C atau sehingga masak.

Saturday, 9 November 2013

Talam Keladi




Lapisan bawah
300ml santan
70gm tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
250gm keladi(rebus dan lenyek)
70gm gula pasir
Sedikit garam

Loyang 6X6 dialas dengan plastik dan disapu sedikit minyak.  Ketepikan.
Campurkan semua bahan kecuali ubi.
Kacau sehingga tidak bergintil.
Masukkan ubi dan kacau serata.
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 20 minit.(pastikan tutup loyang dengan aluminium foil)

Lapisan atas.
100gm santan
80gm gula pasir
2 sudu besar tepung beras
1biji telur(pukul dengan garfu dahulu)
Sedikit garam
Pewarna purple
Perisa keladi

Campurkan semua bahan dan masukkan kedalam lapisan yang siap kukus tadi.
Kukus semula dengan cara sama selama 20 minit .
Bila masak sejukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dipotong.

Tuesday, 29 October 2013

Tart Portugis

Bahannya
20 - 25 keping kulit puff pastry(jenama Kawan)

Inti
3 biji telur
85gm susu segar
120gm gula pasir
220ml air panas
1 sudu teh vanila

Larutkan gula dalam air panas.  Kacau biar hancur.
Satukan dengan susu, telur dan esen vanila.  Pukul biar sebati.
Masukkan ke dalam kulit pastry dan bakar dengan suhu 190C selama 25 - 30 minit.

Kulit puff pastry
Gunakan cutter bentuk cincin bagi setiap keping kulit puff.(guna cutter saiz besar sekali..yang ada 3 saiz tu..)
Masukkan dalam bekas besi yang sesuai, tekan biar rapat ke dindingnya.(bekas tersebut disapu terlebih dahulu dengan margerin)
Masukkan inti dan bakar sehingga masak.
Sesuai dihidangkan ketika panas(dimakan segera)
Bagi mengelakkan pembaziran tak perlulah dipotong dengan cutter cincin...Sekadar masukkan kulit puff dan biarkan ia membentuk bunga(sebab 4 penjurunya naik ke atas)

Saturday, 26 October 2013

Kek Coklat Kukus


Sumber untuk resepi kek coklat dari Rozilah Abdullah.
Bahannya(kek coklat)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Semua bahan diayak.

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sb susu  tepung
Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih pastikan jangan hangit..guna whisk/pemukul telur.  Ketepikan.

2 biji telur
1 sk esen vanila

50ml air panas

Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak.  Kacau sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sekejap.
Masukkan air panas.  Kacau sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Kukus dalam periuk yang telah mendidih airnya.(pastikan loyang telah ditutup dengan aluminium foil)
kukus selama hampir 1 jam.

Topping
6 sb serbuk koko
6 sb susu pekat
2 sb margerin
Sedikit air panas
Masukkan semua bahan.  Kacau dan tambah dengan sedikit air panas (pasti topping jangan terlalu pekat)
Tuang ke atas kek tadi.  Masukkan dalam peti sejuk seketika.

Thursday, 24 October 2013

Kek Butter Cheese

Butter Cheese Cake
Sumber : Rohaimi Ahmad
Terima kasih pada Rozilah Abdulah kerana tagkan resepi kek ini pada kak yah.

Bahan2nya;

100gm butter + 200gm cheese
180gm gula halus
4 biji telur gred A
250gm tepung gandum
50gm susu tepung
50ml susu cair(kakyah guna susu segar)
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla

Cara2nya;

1) Putar gula + butter & cheese sehingga kembang
2) Masukkan telur 1 per 1
3) Masukkan tepung,susu tepung,baking powder,soda bikarbonat dan esen vanilla -putar
4) Masukkan susu cair - putar
5)Adunan ni memang likat sedikit - adunan siap
6) Sediakan loyang bersaiz 8' sapu keliling dgn majerin dan taburkan tepung...lapik dgn kertas minyak
7) Bakar pd suhu 150'c selama 45 minit atau sehingga masak
 Setelah masak...biarkan selama 5 minit didlm loyang bagi tepi2 loyang tu renggang sikit supaya senang nk dikeluarkan kek tu nanti
9) Terlungkupkan permukaan kek tu diatas papan kek...tarik kertas minyak perlahan2...dah siap
(kakyah guna loyang 4 persegi saiz 7inci..lebih baik guna 8inci..kak tak ada loyang saiz tersebut.)
 Resepi asal tidak ada marble..kakyah suka2 buat marble...