translate

Monday, 14 March 2016

Kengsom

Bahannya
Ikan(sebarang ikan yang sesuai)
4 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Sedikit lengkuas *
Setengah kuntum bunga kantan *
2 batang serai *
Seinci kunyit *
Sedikit belacan *
4 biji cili padi(ikut kesukaan ..kalau nak lebih) *
5 batang daun kesum
5 batang kangkung
Beberapa potong nanas
Sekeping asam keping
Gula dan garam

Blender bahan bertanda *.
Air secukupnya dimasukkan dalam periuk dan didihkan.
Apabila mendidih masukkan bahan kisar bersama asam keping, gula dan garam.
Apabila sekali mendidih masukkan nanas dan ikan(kakyah guna kepala ikan isi putih)
Biar mendidih seketika.  Masukkan daun kesum dan kangkung.
Rasa dan bolehlah diangkat dari dapur.

Thursday, 10 March 2016

Roti Sarang Lebah

Resepi
500 gm tepung roti
400 gm tepung gandum
5 sudu besar shorterning
4 sudu besar susu pekat
2 biji kuning telur
1 peket mauripan(11 gm)
1 sudu teh vanila
3 sudu teh bread improver
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar ovellete
2 sudu teh garam
500ml air sejuk
4 ketul kiub ais

Masukkan semua bahan kecuali garam dan shorterning ke dalam Bread Maker atau pengadun kek(guna mata uli roti)
Bila bahan bahan bercampur masukkan shorterning dan garam..  Uli sehingga roti elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan perap selama 1 jam.
Tumbuk bagi mengeluarkan angin.
Bentukkan roti mengikut kesukaan.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

Sos butterscoth
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila

Panaskan mentega.  Biar cair.
Masukkan gula perang.  Kacau biar cair dan berbuih tepinya..
Masukkan susu cair dan esen vanila serta garam.
Kacau hingga pekat.  Angkat dan sejukkan.


Tuang sos ke atas roti.

Bagi rujukan membulatkan roti SINI
Bagi rujukan menguli dengan tangan SINI

Saturday, 27 February 2016

Sup Cendawan

Bahannya
Bahan A
2 peket cendawan inoki(potong bahagian berakar)
1 peket cendawan tiram putih
1 peket cendawan tiram hitam
Sekeping dada ayam(dibuang segala tulang dan dipotong)
1/2 tin cendawan butang(cincang halus)
2 labu bawang besar(belah 4)
6 ulas bawang putih
2 batang saleri(daun sup pun boleh jikalau tiada)
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh origano
1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk
1 kiub ayam
gula dan garam
Minyak untuk menumis(lebih sedap minyak zaitun)

Bahan B
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
Panaskan mentega dan masukkan tepung.  Kacau sehingga berketul2.(biarkan seketika)

Bahan C
Krim masakan sekotak kecil

Caranya
Tumis minyak zaitun dan masukkan bawang besar dan putih(sebiji-sebiji)
Masukkan origano, lada hitam dan herba campuran.
Masukkan air(dalam 2 liter)
Masukkan cendawan2 yang telah dibersihkan(kecuali cendawan dalam tin..jangan dimasukkan lagi)
Masukkan ayam dan kiub ayam.  Masukkan juga tang saleri yang telah dipotong kecil.
Masak sehingga mendidih.  Masukkan gula dan garam.
Matikan api dan blender campuran cendawan ini bersama bahan B tadi.(sukatan agak banyak)
Bila kesemuanya siap diblender masukkan semula dalam periuk dan panaskan semula.
Masukkan cendawan butang yang telah dicincang tadi.
Apabila hampir mendidih masukkan krim masakan dan tambah gula dan garam jika perlu.
Siap untuk dihidangkan begitu sahaja atau lagi enak dimakan bersama roti garlic.

Sunday, 17 January 2016

Nasi Impit




Bahannya
2 cawan beras(dibersihkan dan ditos)
6 cawan air
Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
Bila masak, keep warm dalam 10 minit sebelum dimasukkan dalam bekas yang mempunyai penutup.
Pastikan nasi yang dimasukkan dalam bekas penuh untuk memampatkannya semasa kita tutup penutupnya.
Biarkan selama 4 jam.(nak cepat sejuk sikit terus simpan dalam peti sejuk)

Sambal ikan
3 ekor ikan rebus(buang tulangnya)
5 sudu besar kelapa parut yang telah digoreng tanpa minyak
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 sudu besar lada hitam
Sebatang serai(potong kecil2)
Gula dan garam secukupnya.

Tumbuk kelapa parut sehingga halus dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam sehingga lumat.
Masukkan ikan dan tumbuk sehingga semuanya sebati.
Masukkan kelapa parut tadi dan tumbuk lagi sehingga semuanya sebati.
Keluarkan dan panaskan seketika dalam kuali.  Gaul rata.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.

Saturday, 16 January 2016

Nasi Ganja

Bahan untuk nasi
3 cawan beras (kakyah guna beras Pusa)
3 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar serbuk rempah sup
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
5 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa

Caranya
panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga dan cengkih.
Masukkan air dan rempah sup tadi.
Masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan tanak nasi seperti biasa.
Sesuai dihidang bersama ayam bali dan dalca campur
Resepi dalca campur http://dapurkakyah.blogspot.my/2012/08/dalca-campur.html
Resepi ayam bali http://dapurkakyah.blogspot.my/2016/01/ayam-masak-bali.html

Ayam Masak Bali

Bahannya
Setengah ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
2 labu bawang besar(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
1/2 inci halia(kisar)
2 batang serai(kisar)
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap manis
5 sudu besar cili giling
2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Sebatang serai(ketuk)
Sekeping asam keping(gelugur)
Garam secukupnya
Sedikit ajinomoto

Semasa mengisar masukkan bersama belacan, jintan manis, putih, ketumbar, cili giling, kicap, dan cili giling.
Masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
Perap semua bahan dengan ayam tadi 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam (tak la sampai garing) dengan api sederhana kecil.(semasa hendak menggoreng ketuk2kan sedikit ayam supaya salutan sedikit tertanggal sebelum dimasukkan ke dalam kuali)
Apabila selesai menggoreng, keluarkan sedikit minyak yang digunakan menggoreng tadi(bimbang terlebih minyak, kalau rasa ianya mencukupi gunakanlah semuanya..bergantung banyak mana kita guna semasa menggoreng ayam tadi)
Tumis lebihan perapan ayam tadi sehingga wangi.
Masukkan serai, daun kari, daun limau purut dan asam keping..
Masukkan ayam tadi dan tambah sedikit air.
Biar mesra seketika.
Boleh dihidangkan bersama nasi dan sesuai juga dengan nasi impit.
Kakyah masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat semasa menumis bahan perapan tadi.

Friday, 1 January 2016

Tenggiri Panggang Ala Ikea

Bahannya
4 keping ikan tenggiri
4 ulas bawang putih
1/2 sudu teh oregano
Setangkai daun rosmary
1/2 sudu teh lada hitam
Sedikit lada sulah
Lemon
Sedikit paprika
Mentega
Garam secukup rasa

Cincang daun rosmary dan tumbuk bawang putih.
Campur bawang, rosmary, oregano, lada hitam, lada sulah, paprika, garam dan perah lemon.
Lumurkan kepada ikan tenggiri.  Sapu juga mentega pada ikan tersebut.
Perap selama 1/2 jam.
Bakar dalam kuali dengan sedikit minyak masak/zaitun.

Sos
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar(cincang halus)

Panaskan mentega dan tumis bawang besar.  Bila layu masukkan tepung.  Kacau seketika.
Masukkan oregano, lada hitam dan susu segar.
Masukkan sedikit garam.
Didihkan sehingga sedikit pekat.(kalau terlebih pekat cairkan dengan sedikit air.